Pada hari Selasa lalu, saya menerima perkhabaran sedih dari kampung (Perlis) iaitu berita kematian ibu saudara saya: Al marhumah Nyang Ba'yah (adik ipar ayah & biras emak saya) kerana sakit tua. Beliau meninggal dunia di rumahnya di Kg Bkt Keteri, Perlis di sisi keluarga tercinta. Terakhir saya menziarahi beliau yang sudah pun uzur pada cuti sekolah beberapa bulan yang lalu.
Banyak juga kenangan dengan Mak Njang dan PakNjang saya ini. Semasa di sekolah rendah dahulu, sering saya datang bermalam di rumahnya. Apa taknya. Saya seronok datang ke rumah beliau kerana ada Pasar Minggu (Nat) bersebelahan rumahnya. Mereka berdua selalu belikan hadiah untuk saya. Seperkara lagi, Bakat seni (seni muzik dan suara) yang ada pada PakNjang saya (Nyang Run) mungkin sedikit sebanyak mengalir pada diri saya. Semuga Allah merahmat dan mengampuni Njang Ba'yah dan mengumpulkannya bersama para muttaqin. Aminn.

0 comments:
Post a Comment