Oleh kerana program saya di ILKSI pada 16 dan 17 April lalu hanya di sessi malam, maka banyaklah masa luang di sebelah siangnya. Pilot dan teman saya ke Perak kali ini Sdr Zulkifli (Pegawai Waran 1) mengajak saya ke Parit untuk bersarapan di sana. Perjalanan dari Seri Iskandar ke Parit sungguh mendamaikan. Suasana kampung yang mendamaikan jiwa. Udara nan segar saya sedut dalam-dalam.
Sesampai di Parit, kelihatan deretan rumah-rumah kedai lama. Suasana trafi yang tenang. Saya dan Zul terus kerestoran yang berhadapan balai bomba Parit. Pekan bersebelahan Sg Perak ini juga sungguh sentimental. Masih tidak banyak perubahan di pekan Parit ini berbanding keadaannya sewaktu saya bertandang ke sini beberapa tahun lalu. Suasana yang tenang di sini menggamit nostalgia lama.
Ustaz Amal: Sewaktu kat restoran terdengar orang bercakap loghat Parit "Jangan lupa ye". Pastu sempat sempat pula beli sehelai baju kameja di kedai Bundle.

0 comments:
Post a Comment