INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Friday, June 12, 2009

UGUT BUNUH DIRI KERANA CINTA



KUALA TERENGGANU – Di antara tuntutan dua kalimah syahadah itu ialah ‘Tiada yang kita cinta selain Allah swt’.

Urutan maqam cinta daerah tinggi yang terpuji sesudah cinta Allah (Hubbullah) itu pula berkisar pada dua cinta berikut.

1. Cintakan seseorang yang mencintai Allah sepertimana kita mencintai Rasulullah saw, para rasul, ahli keluarga dan sahabat baginda yang mulia, para ulama al ‘amilin, para syuhada dan muttaqin.


Demikian juga, andai anda ingin mencintai seseorang, pastikan cinta anda padanya itu ’kerana Allah’. Kalau sekadar bibit cinta itu berputik atas faktor biologi dan luaran semata-mata yang ternyata dibumbui nafsu bahimiah dan unsur materialistik, maka ia nyata tidak membawa ke mana-mana. Ia selalunya berakhir dengan kebejatan, kerosakan dan kemudharatan.

Setelah masing-masing jatuh cinta, maka pastikan anda berdua saling menyintai kerana Allah.

Atas faktor ini sahaja anda akan terpelihara dari fitnah, kemungkaran dan kemudharatan. Kalau anda memilih jalan sebaliknya (seperti yang tersebut di atas), anda hakikatnya sedang menanam dan menyemai benih-benih penyesalan yang tidak berkesudahan sekalipun sudah bergelar suami isteri.

Berapa banyak sudah rumahtangga yang berantakan di pertengahan jalan natijah terbinanya ia di atas asas yang rapuh dan kondisi yang lemah. Ya, balik ke persoalan asas. Kerana ia tidak terbina di atas dasar Hubbullah dan juga tidak saling mennyintai kerana Allah.

2. Cintakan amalan-amalan yang menyampaikan cinta Allah seperti solat berjamaah, infaq pada jalan Allah, menuntut ilmu, zikrullah, berjihad di jalan Allah, berukhuwah dan sebagainya.

MANIFESTASI HUBBULLAH
Bila cinta kepada Allah menjadi motivasi dan matlamat hidup kita, maka ia akan menjadi baja yang akan mengukuhkan lagi tauhid dan aqidah kita kepada Allah dan Yaumul Akhir. Dengan matlamat hidup yang mulia lagi terarah itu, insya Allah kita akan terpelihara (dipelihara Allah) daripada membuat kerja-kerja yang ‘bodoh’, sesat, sia-sia, pura-pura dan bermuka-muka.

Prinsip hidup mukmin yang mulia itu terkandung di dalam lafaz yang diungkapkannya paling kurang lima waktu sehari semalam.

Lafaz apa itu?
“Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk dan kerana Allah, Tuhan semesta alam.”

Itulah lafaz janji juga manifestasi cinta seorang mukmin di dalam doa iftitahnya yang terungkap sejak awal usia mumaiyyiz atau balighnya di dalam solat lima waktunya.

Lafaz yang mensebati dan mengalir di segenap sendi dan urat nadinya. Lafaz yang telah menjadi darah dagingnya. Iqrar yang sekali-kali tiada galang gantinya dengan sesuatu apa pun di maya pada ini.

Kesedarannya terhadap falsafah dan tuntutan doa Iftitah itu juga telah menjadi panduan dan perisai yang sangat ampuh yang memandunya agar teraba-raba, terkial-kial dan terhegeh-hegeh dalam kehidupan dunia yang sementara ini.

Ya, selagi hayat di kandung badan, cinta Allah itu wajib dikedepankan kerana Dialah yang paling mengasihi dan menyintai kita. Pecinta Allah sekali-kali tidak akan kecewa, merana atau putus harap kerana cinta allah adalah cinta yang tertinggi, cinta yang hakiki lagi abadi.....

Cinta palsu hanya akan mencetuskan kekecewaan, kemurungan, kemungkaran, kebodohan dan kemusnahan.

NAK BUNUH DIRI
Jam menunjukan pukul 12.15 tengah malam. Suasana ketika itu gelap. Di luar sana, dekat sebuah surau yang terletak di Lorong Haji Da, Jalan Sultan Mahmud Seorang remaja lelaki bersia 15 tahun dilaporkan mahu membunuh dirinya kerana cintanya ditolak oleh kekasihnya.

Allahu Akbar! Dia memegang sebilah pisau yang diacukan ke lehernya sendiri.
Katanya, remaja yang terbius cinta palsu itu bertindak demikian dipercayai bagi memaksa kekasihnya yang juga seorang pelajar supaya menarik balik kata-katanya yang mahu memutuskan hubungan mereka.

Kejadian yang berlaku itu bukan saja amat menakutkan kekasihnya malah beberapa penduduk kampung yang kebetulan berada di situ.

Kerana terlalu terikut-ikut dengan emosi yang bercelaru, remaja itu semakin bertambah agresif dan langsung tidak mengendahkan nasihat orang kampung yang memintanya bertenang dan menyerahkan pisau yang dibawanya.

Ketegangan yang berlangsung hampir sejam itu menarik perhatian kira-kira 50 penduduk kampung keluar menyaksikan 'adegan itu'.

Sesi pujuk memujuk dilakukan, namun usaha memujuk remaja itu gagal kerana orang kampung pun sudah mula hilang punca. Apa lagi. Polis pun dihubungi.

”Kami menghantar 10 anggota sebaik menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 12.30 tengah malam. Semasa tiba di kampung itu, remaja tertabit masih memegang pisau sepanjang 27 sentimeter,” kata Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin.

"Anggota kami memujuk remaja itu supaya bertenang tetapi dia mula bertambah agresif termasuk mahu menyerang anggota polis . Selepas 45 minit memujuk, akhirnya dia akur untuk melepaskan pisau dan menyerah diri kepada polis.," kata beliau lagi.


0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial