INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Friday, June 5, 2009

TANGKAL YANG DANGKAL


TUMPAT: Bilamana kita telah jazam beriman serta yakin penuh bahawa Tiada Tuhan Yang Berhak di sembah melainkan Allah, maka kita juga meyakini bahawa Dialah Pemilik kita, Di sisiNyalah tempat kembali kita, PadaNyalah tempat pengaduan, pertolongan dan pengharapan kita, Dialah Pemberi rezeki, Dialah Yang Maha Menghidup dan Maha Mematikan dan Dialah yang mendatangkan manfaat atau mudharat.

Di sisi lain yang gelap yang berpaksikan dendam ammarah, syaitan berhempas pulas untuk memalingkan manusia dari keyakinan dan kejazaman ini. Siang malam dia berusaha keras memesong dan menyesatkan manusia daripada tunduk dan taat pada qudrat dan Iradat Allah Yang Maha Mengetahui.

Dari awal mula lagi, itulah tektik dan modus operandinnya. Syaitan berulang kali tanpa jemu meniupkan ke telinga dan hati manusia, bahawa ada lagi ‘kuasa-kuasa’ dan sumber-sumber yang hebat selain kuasa Allah.

A’uzubiLLahi Minas Syaitanir Rojim! La ilaha illaLLah!

Pada Nabi Adam as dan Hawwa, itulah yang dikatakan. Itulah yang dibujukan. Itulah yang dirayukan. Jarumnya memeng mengena.

Firman Allah: “Setelah itu maka syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya, dengan berkata: "Hai Adam, mahukah, aku tunjukkan padamu pohon yang menyebabkan kamu hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?" (Taha: 120)

Jerat Yang Sama

“Ha, pakailah tangkal ni, kamu jadi kuat.”
“Bacalah mentera ni, kamu jadi hebat.”
”Amalkanlah azimat ini, nanti kamu kebal, tak lut.”
”Kamu pakai cincin ni, kamu tak akan di salak anjing.”

Huh, macam-macam. Begitulah iblis dan syaitan menghancur, menyesat dan memusnahkan manusia.

Semua itu hanyalah gula-gulanya sahaja. Apakah manusia tidak memerhatikan sebelumnya, siapa yang terlepas dan tidak dihunjam kematian?

Baik Nabi dan Rasul ’alaihimus solatu wa salam, semuanya telah berangkat pulang.
Baik Fir’aun, Namrud, Kaum ’Add, kaum Thamud, Abrahah, Abu Jahal, Abu Lahab, Qarun, Haman dan yang sama waktu dengan mereka juga telah padam!!

Tidaklah dihairankan bilamana sikafir musyrik berfikiran dan berpegang sedemikian. Namun yang amat-amat menghairankan bilamana seorang yang mengaku Muslim juga turut terpedaya dan terpukau dengan janji-janji manis iblis syaitan tersebut.

Berhentilah dari amalan-amalan syirik sedemikian. Tinggalkanlah yang khurafat dan tahyul mahyul itu. Ibadat yang dibuat, habis lenyap macam debu berterbangan. Terkadang yang dah balik Mekah pun masih terjebak dengan kerja dan amalan sesat ni. Malang seribu kali malang.

Allah lah Yang Menghidup dan Mematikan. Bukan jampi, bukan mentera, bukan azimat, bukan pawang, bukan tangkal, bukan ubat hata bukan juga seorang doktor, kerana doktor juga tidak dapat lari dari kematian.

Tangkal Yang Dangkal

Champee a/l Kelean, 45, pemborong sayur di pasar Tanah Merah, ditemui mati dengan kesan terbakar di bahagian pinggangnya oleh penduduk kampung selepas hujan reda, kira-kira jam 5 petang.

Kenapa?
Dia disambar petir...
”Hasil bedah siasat mengesahkan lelaki keturunan Siam itu mati akibat disambar petir,” kata Ketua Polis Tumpat Superintendan Khalid Munap.
Bukankah dia pakai tangkal?

”Petir betul-betul sambar dekat tangkal yang yang dia pakai tulah.”
Lihat,ada mesej dan peringatan dari Allah buat sekelian manusia. Dialah yang Menghidup dan Mematikan. PadaNya kuasa memanfaat atau memudharatkan. Muktamad.
Tangkal tembaga yang dipakainya di pinggangnya sejak 15 tahun lalu, kononnya sebagai azimat kesihatan dan pelaris perniagaan, akhirnya membawa maut apabila logam itu disambar petir ketika mangsa berteduh di pondok sawah dekat Binjai di sini, kelmarin.





0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial