INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Thursday, June 4, 2009

GENERASI YANG KELIRU DENGAN AGAMANYA?

KUALA LUMPUR – Kalau seorang muslim itu diumpamakan sebagai pokok yang rimbun dedaunnya lagi lebat dan manis buahnya, maka aqidahnya pula diumpamakan sebagai akar tunjangnya yang menjalar kuat di dalam bumi.

Tanpa akar tunjang itulah, maka pokok sebesar mana pun akan rebah ke bumi walaupun sekadar dipuput angin sepoi-sepoi bahasa. Kalau datang angin ribut, tak usah cakaplah. Memang tak nampak rupa.


Maka, untuk dia kuat bertahan menghadapi angin ribut dan badai taufan, maka ia mestilah memiliki akar tunjang yan menjunam jauh ke dalam bumi.

Begitu juga dengan anak-anak remaja kita. Kalau aqidah (akar tunjang)nya lemah, tak usahkan datang dugaan dan cobaan yang besar-besar, kena ujian yang paling kecil pun dah kalah dan terpelanting jauh.

Gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang berlaku secara berleluasa di kalangan pelajar Islam kita tidak syak lagi lazimnya berpunca daripada pegangan aqidah yang sangat rapuh, kefahaman Islam yang caca marba serta keluarga yag bermasalah.
Sementara itu anasir-anasir yang lain pula hanya bertindak sebagai faktor pelengkap kepada kecaca marbaan, tidak ketahuan dan kehancuran akal budi itu.

sebagai tamsilannya, kita bawa contoh kalaulah satu perlawanan bola sepak yang telah berlangsung ke waktu kecederaan tanpa sebarang gol. Waktu itu jurulatih akan mengarahkan semua pemain tak kira di posisi mana pun supaya berjuang bermati-matian untuk mencari kemenagan. Tak kira dengan cara apa pun.

Maka demikian juga bagaimana harus kita menangani permasalahan remaja dan anak bangsa kita. Sebagai umat Islam yang perihatin dan berpandangan jauh, kebimbangan itu harus dirasai oleh semua kita, tak kira di posisi mana kita berada seterusnya mencari jalan dan kaedah menyelesaikannya atau paling tidak meminimunkan impak negatifnya.

Kenapa kita harus berjuang, berhabis masa dan bersengkang mata untuk ini? Bukankah elok kalau kita jaga tepi kain sendiri sahaja? Usah berfikiran begitu? Usah bersikap nafsi nafsi. sebagai sebuah masyarakat dan ummah, kita perlu sekata dalam suara dan tindakan demi zuriat dan anak bangsa kita. Kita perlu sepakat merencana halatuju dan matlamat anak cucu kita agar masa depan mereka sejahtera lagi diredhai. Semua ini kerena generasi kita hari inilah pewaris kita pada masa akan datang.

Kita tidak boleh berpeluk tubuh lagi melihat segala kebejatan melanda peribadi anak-anak remaja kita lalu meratah saki-baki kesolehan yang ada.

Kita juga tidak boleh salah merencana atau mengulang kesalahan yang sama di dalam pendidikan anak-anak kita kerana mukmin sekali-kali tidak akan disengat dan dipatuk dari lubang yang sama.

Anak-anak kita bukan mangsa uji kaji kita. Mereka adalah amanah Allah yang berat tanggungannya di atas pundak kita. Bagaimana nanti andai generasi yang kita tinggalkan itu majoritinya yang lemah-lemah iman, rapuh aqidah, dangkal kefahaman, rendah akal budi, bertindak membuta tuli, samseng di jalanan, cintakan dosa dan maksiat dan sebagainya??

Alhamdulillah andai hati kita masih ada kebimbangan lewat muzakarah ini. "Bimbang dalam hal-hal sebegini akan menjadikan jiwa bercahaya," ujar Saidina Usman r.a.

” Kami amat bimbang dengan keputusan Kementerian Pelajaran mengurangkan subjek teras daripada enam kepada empat dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ia akan akan membuatkan pelajar Islam tidak memilih subjek Agama dalam SPM.” kata Timbalan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang.

Beliau berkata lagi, jika itu berlaku, ia akan menghasilkan satu generasi yang tidak mengenali atau keliru dengan agamanya.

"Perubahan drastik ini amat mengejutkan lebih-lebih lagi ketika konsep peperiksaan terbuka sebelum ini baru sahaja diperkenalkan. Jika dikatakan masalah ini timbul kerana bebanan akademik terhadap pelajar, kami berpendapat masalah ini tidak timbul kerana mereka berkeupayaan," katanya lagi dalam satu kenyataan di sini semalam.

Demikian pandangan Persatuan Peguam Syarie Malaysia. Bagaimana pula pandangan sahabat-sahabat kita yang lain?

Apapun kita amat mengharapkan satu keputusan dan natijah yang terbaik dapat dirumuskan dalam pertemuan-pertemuan yang akan datang. Semuga segala perbincanagn dan keputusan kita mendapat hidayah dan taufiq dariNYa.

utusanonline@sahabatamal


0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial