INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Wednesday, June 3, 2009

MASJID BERCIRIKAN SENIBINA CINA DI IPOH



Alhamdulillah, usaha dan hajat Ahli Jawatankuasa Kariah Masjid Taman Tasek Jaya Ipoh bersama Persatuan Cina Muslim Cawangan Ipoh untuk membina sebuah masjid baru di Taman Tasek Jaya Ipoh tercapai akhirnya berikutan titah Raja Muda Perak, Dr Raja Nazrin Shah ketika merasmikan persidangan ke-166 Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIAMP) di Kompleks Islam Darul Ridzuan, di sini semalam.

Pada majlis itu, Raja Dr Nazrin turut mengumumkan geran pelancaran pembinaan masjid itu sebanyak RM2 juta sebagai tanda sokongan terhadap usaha murni itu sumbangan Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak.

Baginda bertitah, selepas mengambil kira faktor masyarakat Malaysia yang membabitkan pelbagai kumpulan etnik, budaya dan bahasa, baginda memberi perkenan kepada permintaan tersebut.

Titah baginda, kerajaan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 10 Ogos 2005 bersetuju mewartakan kawasan seluas 3776 meter persegi di Taman Tasek Jaya bagi tujuan pembinaan masjid berkenaan.

”Reka bentuk masjid itu akan menerima pakai ciri seni bina kebudayaan Cina dan masjid itu akan dapat menjadi pusat ibadat, pusat perkembangan ilmu, pusat maklumat, pusat kemasyarakatan untuk manfaat tujuh kawasan perumahan iaitu Taman Seri Tasek, Taman Tasek Baru, Taman Manikavasagam, Taman Tasek Jaya, Taman Musim Bunga, Taman Tasek Mutiara dan Taman Tasek Berlian,” titah baginda lagi.

Saya berpandangan keputusan ini adalah keputusan yang bijak dan berpandangan jauh. Ruang dakwah terhadap masyarakat majmuk seumpama di Malaysia akan lebih terbuka dan berkesan. Kita semua berharap suapaya masjid-masjid seumpama ini akan bertambah dari masa ke semasa.


0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial