INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Tuesday, June 16, 2009

TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALMARHUM DR FATHI YAKAN


Komuniti Sahabatamal mengucapkan takziah kepada keluarga Almarhum Dr Fathi Yakan atas pemergian beliau menghadap Ilahi pada pukul 4.45 petang, 13 Jun 2009 lalu di Hospital Otel Deo, Beirut, Lubnan.

Dr Fathi Yakan merupakan antara tokoh ulama' yang banyak menulis tentang isu-isu gerakan Islam. Antara bukunya yang dirujuk oleh semua ahli Gerakan Islam Dunia adalah "Apa ertinya Saya Menganut Islam", Masalah Dakwah dan Pendakwah" serta "Persepsi Haraki dalam Kerja-kerja Islami".

Beliau yang lahir pada tahun 1933, merupakan pengasas kepada Gerakan Islam Lubnan, Jabhah Amal Islami. Beliau bukan sahaja dilihat sebagai tokoh Ulama' yang hebat, tetapi seorang Ahli Parlimen yang aktif dan amat disegani di Lubnan dan antara pemimpin Gerakan Islam Dunia yang amat dihormati.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan menempatkannya disyurga bersama para Rasul dan pejuang-pejuang agama Allah yang lain.

HarakahOnline@sahabatamal

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial