INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Wednesday, June 24, 2009

HAKIKAT PEMILIKKAN SEORANG HAMBA

Sesuatu yang sangat baik andai dapat kita lakukan pada awal pagi ini ialah bersedekah. Ya, bersedekah menurut kemampuan kita. Alangkah baik lagi andai sedekah itu tergolong dalam sedekah jariah yang pahalanya pasti bakal mengalir ke alam Barzakh sana.

Biarpun umur seseorang itu mungkin pendek, katalah dalam 30 tahun sahaja namun kerana pahala sedekah Jariyahnya mengalir tak putus-putus, kualiti dan barakah hidupnya macam orang yang hidup 100 tahun!


Tak kira siapapun dari kalangan umat ini, baik miskin apalagi kaya, baik sakit apalagi kalau sihat, baik lelaki atau perempuan, baik muda ataupun tua, mereka amat digalakkan melatih diri supaya mencintai dan melakukan amalan bersedekah secara beristiqamah.

Sahabat Nabi saw, Bilal bin Rabah bukanlah orang kaya. Ia hidup miskin. Namun kepadanya, Rasulullah saw. menganjurkan untuk bersedekah. Sebab, sedekah tidak membuat rezeki seseorang berkurang. Sebaliknya rezeki seseorang itu bakal bertambah. Muktamad. Begitu kata Rasulullah saw. Bilal mengimani janji Rasulullah saw. itu. Ia tidak ragu untuk bersedekah dengan apa yang dimiliki dalam keadaan sesulit apapun. Kerana itu Bilal r.a. tak pernah dirundung papa atau jatuh melarat. Hidupnya penuh kesederhanan dan amat mencukupi. Ia amat memadai.

Yang menghalang seseorang untuk bersedekah tidak lain adalah hubbud dunya (cinta dunia) yang menebal di dalam jiwa, sifat egoisnya yang bertapak di dalam diri juga rasa serakah terhadap unsur materialistik yang berpaksikan jiwa individualistik.

Allah swt telah mengiktirafkan kaum Ansar di Madinah sebagai sebaik-baik manusia. Allah mahu sekelian manusia mencontohi kemuliaan peribadi mereka. Cuba kita soroti perkara ini dalam surat Al-Hasyr ayat 9.

Mereka telah memberikan segala bantuan dan menunaikan segala hajat dan keperluan terhadap saudara-saudara mereka, sahabat Al Muhajirin dari Makkah. Mereka memberi dengan hati dan penuh keikhlasan.

Perkara ini amat benar. Ketika sara hidup dan keewangan kaum Muhajirin telah mapan dan terurus dengan baik, tidak pernah terbetik pun di hati sahabat Ansar untuk meminta kembali apa yang pernah mereka berikan suatu masa dahulu.

Ini kerana tertanam keyakinan yang mantap di dalam jiwa sahabat Ansar yang mulia. Mereka sangat sedar bahawa hakikat kesinambungan dan sisa harta yang akan kekal ada pada diri kita itulah harta dan bantuan dana yang telah kita berikan kepada orang lain. Bukannya harta yang ada dalam genggaman kita.

Logika ataupun ilmu matematik Islam ini telah diajarkan oleh Rasulullah saw kepada kita.

Suatu ketika Rasulullah saw. menyembelih kambing. Baginda saw memerintahkan seorang sahabat untuk menyedekahkan daging kambing itu. Setelah dibagi-bagi, Rasulullah saw. bertanya, berapa banyak lagi daging kambing yang berbaki?

Sahabat itu menjawab, hanya tinggal sepotong paha. Rasulullah saw segera membetulkan jawapan sahabat itu. “..Yang berbaki bagi kita adalah apa yang telah diberikan,” demikian sabda Nabi saw.

Begitulah. Yang ’berbaki’ untuk kita pada pandangan Islam dan suluhan iman adalah yang telah disedekah atau diinfaqkan. Itulah milik kita yang hakiki kerana ia kekal menjadi tabungan Hasanat kita di akhirat. Sementara, daging paha yang belum diberi atau disedekahkan itu hanya akan menjadi sampah jika ia busuk tidak sempat kita manfaatkan, atau menjadi najis setelah kita makan.

Begitulah nilai sebenar harta kita. Jika kita tidak memanfaatkannya untuk beramal soleh dan melakukan makrufat, maka ia tidak akan menjadi milik kita buat selama-lamanya. Harta itu akan habis langsai, lapuk dek waktu, hilang karena kematian kita, dan selalu sahaja menjadi intaian ahli waris kita.


0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial