INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Sunday, February 22, 2009

SAYA MAHU MEREKA HARGAI NYAWA ORANG LAIN..


“Kenapalah anak saya dihukum sehingga meninggal dunia. Jika apa pun kesalahan dia, janganlah buat hukuman sendiri. Jika bertemu mereka yang menyerang Hadzrin, saya hanya mahu menasihatkan supaya menghargai nyawa orang lain,” kata Mohamad Din, 52, bapa Allahyarham Muhd Hadzrin Mohamad.

Siapa Muhd Hadzrin?

Muhd Hadzrin Mohamad, pelajar tingkatan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besi, yang cedera parah di kepala meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), kira-kira jam 1 pagi semalam di sisi ahli keluarganya selepas seminggu koma kerana dibelasah sekumpulan remaja.

Apa kata Polis?

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ahmad Amir Mohd Hashim, berkata:

1. Doktor mengesahkan mangsa meninggal dunia pada jam 1 pagi akibat pendarahan beku di kepala. Empat remaja lelaki berumur antara 16 hingga 18 tahun sudah ditahan reman untuk membantu siasatan kes itu. Seorang remaja lelaki, yang juga suspek utama sedang diburu bagi membantu melengkapkan siasatan. Kita mengklasifikasikan semula kes ini sebagai kes bunuh dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Sebelum ini, kita siasat kes ini mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan".

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial