INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Saturday, February 28, 2009

ROTAN UNTUK PENDIDIKKAN

LONDON: Penggunaan rotan sebagai satu elemen pendidikkan dalam membentuk keperibadian dan jatidiri kanak-kanak di bangku persekolahan adalah bertepatan malah sangat menurut sunnah Nabi saw. Sekali lagi untuk tujuan pendidikkan bukan penderaan atau penginayaan. Hadis Nabi saw berkenaan didikkan SOLAT antara dalil jelas mengenai kerelevenan pemakaian rotan bagi ibubapa dan guru-guru. Syair Arab juga ada menyatakan: "Al 'aso-tu liman 'aso, wa kullu lani-bin bil isyarati yafhamu" yang bermaksud: Rotan itu untuk orang yang nakal (degil) dan kepada orang yang cerdik maka isyarat sudah memahami".

Saat ada segelintir ibubapa tidak menyetujui malah menentang keputusan guru-guru menggunakan rotan dalam membentuk peribadi dan displin anak-anak mereka, muncul aporan penyelidikan terkini dari Britain menunjukkan ada kecenderungan dan sokongan kuat kepada amalan merotan ini agar dihidupkan semula dalam tujuan dan maksud yang murni. Lihat, betapa sunnah Nabi saw merentasi masa, sempadan dan benua.

Penyelidikan yang dilakukan kerajaan Britain menunjukkan sebahagian ibu bapa percaya hukuman berat adalah 'kaedah kawalan berkesan' kepada pelajar dan berkata tingkah laku kanak-kanak semakin teruk sejak amalan merotan dihapuskan. Mereka berkata, keputusan untuk mengharamkan hukuman itu menyumbangkan kepada peningkatan masalah disiplin di kalangan pelajar. Komen itu - dalam kajian yang disokong oleh Jabatan Kanak-Kanak, Sekolah dan Keluarga - didedahkan beberapa bulan selepas satu perlima guru menggesa hukuman rotan diperkenalkan semula untuk mengawal keadaan dalam kelas.

Fakta:
Hukuman berat, termasuk penggunaan rotan dan pembaris, dihapuskan di sekolah kerajaan pada 1987 dan 1998 di sekolah persendirian.



0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial