INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Wednesday, February 11, 2009

'ibrah tongkat sang Imam


Assalamu'alaikum; Selalu lalu, ana ada postkan satu artikel berkenaan kisah Imam As Syafi'i yang suka bertongkat. Dia pakai tongkat bukan pasai dia tak larat atau dia uzur, tapi pasai dia nak mengingatkan diri bahawa dia dalam perjalanan menuju Akhirat. Begitulah para ulama al 'amilin dan mujtahidin silam mengingati dan membesarkan akhirat. Setiap langkah yang diatur, menyedarkan mereka betapa dunia sementara ini akan fana jua akhirnya manakala Akhirat jua yang kekal abadi.

Itu mereka. Bagaimana pula dengan kita? Bagaimana kita berusaha mengingatkan diri kita dengan akhirat yang pasti? Apa teknik dan kaedah yang kita amalkan untuk mengingati Akhirat ataupun ingatan kepada akhirat yang baqa datang hanya disela-sela waktu sahaja ataupun kita langsung memang lupakan Akhirat? Kita pakat-pakat jawablah dalam hati kita sendiri.

Nabi saw pernah mengingatkan kita supaya dapat menziarahi kubur kerana dengan menziarahi kubur itu bukan sahaja menjadikan kita insaf bagaimana kesudahan kita bahkan akan menjadikan kita bersikap zuhud terhadap dunia dan yang lebih penting dapat mengingatkan kita akan kehidupan Akhirat yang Khair wa Abqa.

Namun, untuk mendapat rasa dan faedah-faedah itu, sunnah ziarah kubur hendaklah disertakan dengan iman, ilmu dan penghayatan, barulah ingatan pada Akhirat akan sentiasa subur di dalam diri kita. Tanpa syarat-syarat itu, bertandang ke kubur hanya membawa dosa dan makin menjaukan dari akhirat. 'Tahi judi' berkunjung ke kubur, memuja dan me'nurun' untuk dapatkan nombor ekor dan sebagainya. Ada juga 'jantan & betina' datang ke kubur (jirat china) bertujuan maksiat dan berzina. Jenis macam ni, zombi kampung pisang dan hantu jerangkung pun telan panadol, pening kepala dibuatnya.

Hmm..agaknya bilakah kali terakhir, kita menjengah dan menziarahi tanah perkuburan? Ohh, lama sekali saya sendiri sudah tidak berkunjung kesana..Kenapa., mungkin kerana aku macam terlalu yakin yang hayat aku masih lama dan banyak berbaki.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial