INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Saturday, February 21, 2009

Masjid & Surau bayangan Imej Penduduk Kampung


BATU PAHAT:

1)"Agak menyedihkan jika bilik air sesebuah masjid atau surau tidak terurus dan kita tentunya rasa terkilan jika ternampak persekitaran masjid dibiarkan semak atau lantainya di bahagian serambi tidak disapu. Kebersihan masjid dan surau adalah imej bagi sesebuah kampung.


Jika tidak terurus, begitulah juga dengan penduduknya dan saya berharap ia tidak berlaku di kawasan Ayer Hitam ini. Kebersihan masjid dan surau mencerminkan imej penduduk sesebuah kampung itu sama ada prihatin terhadap kebersihan persekitaran atau sebaliknya.
Justeru semua ahli jawatankuasa masjid dan surau perlu bersedia memikul tanggungjawab untuk memastikan rumah ibadat di tempat mereka sentiasa berkeadaan sempurna.

2) "Kita biasa menerima aduan, ada masjid mendapat kutipan wang yang banyak setiap minggu, tetapi tidak digunakan untuk aktiviti masjid malah ada juga yang mengadu pungutan banyak, tapi tidak tahu ke mana wang itu. Sebab itu, kita memerlukan pengurusan wang dengan bijak supaya tidak ada yang membuat dakwaan bukan-bukan yang akhirnya nanti isu kecil seperti itu boleh menyebabkan perpecahan kalangan penduduk kampung,"

kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semarang, Datuk Samsol Bari Jamali

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial