INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Sunday, February 15, 2009

TAQWA DARI MAMAN



Maman yang pernah menjadi vokalis Teacher's Pet kini tampil dengan album solo terbarunya yang bertajuk Taqwa. Album ini khabarnya dipenuhi dengan lagu-lagu kerohanian dan ketuhanan yang mempunyai seni kata yang amat mendalam.

Lagu-lagu seperti Anugerah Cinta (Wanita Warisan Dua) dan Titipan Ilahi mempunyai makna yang begitu luas. Malah album ini sudah siap untuk diperdengarkan kepada peminat Maman di Malaysia. Katanya yang sudah nekad berhijrah: "Saya mahu buat album ini kerana Allah. Album Taqwa ini lengkap. Saya tulis untuk kawan, keluarga, Tuhan, hati dan banyak lagi. Dan saya mahu mencari jalan terbaik untuk ia sampai kepada setiap jiwa muslim yang mahu mendengarnya.

"Katanya kalaulah ada sesiapa yang berminat, bolehlah meninggalkan pesanan atau komen di http://mamanteacherspet.wordpress.com/.

sumber: Kosmo Online 15feb09 dgn olahan semula.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial