INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Saturday, February 21, 2009

KUTIPAN ZAKAT & DERMA KAEDAH KONTENPORARI



"Pemodenan kutipan zakat dan derma tabung masjid yang akan dijalankan di ibu negara perlu diperluaskan dan dicontohi negeri lain kerana ia bukan saja menerapkan kaedah kontemporari dalam kutipan zakat serta derma tabung masjid, malah memberi wajah baru kepada masjid seiring kemajuan dunia.

"Ia juga memudahkan umat Islam memberi sumbangan atau derma tanpa perlu menggunakan cara konvensional melalui peti besi atau kotak kayu. Fungsi kios ini akan turut dipelbagaikan termasuk membolehkan masyarakat Islam membeli saham wakaf serta membuat deposit simpanan Akaun Tabung Haji tidak lama lagi.

"Saya meminta badan korporat dan swasta melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat Islam dengan menaja dan mewakafkan mesin ATM kepada masjid untuk dijadikan kios bagi memantapkan ekonomi ummah," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada pelancaran E Zakat/E Derma serta perasmian Kios Maju Masjid Kampung Baru, di sini semalam.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial