INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Wednesday, February 4, 2009

KAJIAN TERHADAP PENGARUH TV


LONDON: Good Childhood bagi pertubuhan Persatuan Kanak-Kanak telah mengeluarkan laporan amaran pada tahap kedua bahawa Komputer dan televisyen dikenal pasti sebagai punca:

1. kanak-kanak bertindak ganas.

2. melakukan hubungan seks pada usia muda
.
3. mengalami masalah mental.


Kajian berskala besar menunjukkan budaya selebriti, iklan dan tekanan rakan sebaya antara alasan mengapa gadis kerap mengadakan hubungan seks apabila mencapai usia baligh.
Ia juga menyalahkan permainan komputer, internet dan televisyen mendorong 'keganasan demi keganasan yang diketahui boleh mengakibatkan keganasan dan meningkatkan masalah mental. Analisis kelmarin juga mengaitkan perlakuan seks pada usia awal dan minat tinggi remaja melakukan keganasan dengan tindak tanduk mementingkan diri sendiri oleh golongan dewasa. Keasyikan memburu kejayaan peribadi menyebabkan keperluan kanak-kanak terpinggir dan menjadi ancaman paling hebat kepada kebajikan mereka.

Laporan amaran tahap pertama, yang disiarkan hujung minggu lalu, menyalahkan perpecahan keluarga dan kekurangan masa bapa berada di rumah di atas kesengsaraan berjuta-juta kanak-kanak.

Info:Good Childhood dikendali oleh panel pakar bebas bagi PROGRAM kebajikan itu termasuk pakar akademik terkemuka dan dua tokoh agama iaitu Ketua Paderi Leicester, Tim Stevens, dan Setiausaha Agung Majlis Muslim Britain, Dr Muhammed Abdul Bari. - Agensi

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial