INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Thursday, June 26, 2008

USAH BIAR PELAJAR KUTIP DERMA!

KUALA LUMPUR: Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan terhadap pengurusan Sekolah Agama atau Tahfiz yang menyuruh pelajar mereka mengutip derma.

Katanya, perbuatan itu sudah terlalu lama berlarutan sehingga ada di kalangan pelajar yang mengutip derma ketika waktu sekolah dan perbuatan itu secara tidak langsung menjejaskan tumpuan mereka pada pelajaran.


“Perkara ini bukan saja mencemarkan imej bersih yang cuba dipamerkan agama Islam tetapi juga menunjukkan satu perkara negatif iaitu seolah-olah pelajar Sekolah Agama mengemis,” katanya pada forum bertajuk “Keselamatan Kanak-Kanak: Tanggungjawab Siapa” pada Bengkel Hak Perlindungan dan Keselamatan Kanak-Kanak di Institut Kemajuan Islam Malaysia, di sini hari ini.

“Adalah tidak wajar pelajar Sekolah Agama yang berpakaian sopan dan lengkap berserban disuruh mengutip derma dengan menjual kalender, minyak atau pelekat ayat Al-Quran di gerai makan, perhentian bas dan tempat awam.

“Perkara ini amat mendukacitakan terutama bagi generasi muda yang seharusnya dibentuk menjadi insan yang cemerlang, diberi pelajaran dengan menumpukan sepenuh perhatian di sekolah dan bukannya digunakan untuk mengutip derma bagi keperluan material pihak sekolah,” katanya. - Bernama

SUMBER: BERITA HARIAN ONLINE 25 JUN 08.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial