INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Sunday, June 1, 2008

Makmurkan masjid: Sultan Johor


JOHOR BAHRU: Umat Islam hendaklah bersama-sama memakmurkan masjid di kawasan masing-masing, yang menjadi lambang dan syiar keagungan Islam. Demikian titah Sultan Johor, Sultan Iskandar akhir minggu lalu. .

Antara lain titah baginda:

1. ”Ketika ini, banyak pihak lebih suka mengkritik jawatankuasa pengurusan masjid tanpa berbuat sesuatu sedangkan tanggungjawab memakmurkan masjid perlu dipikul semua pihak, termasuk penduduk Islam di kawasan berkenaan”.

2. “Masjid bukannya satu tempat biasa tetapi rumah Allah SWT yang perlu diberi lebih keutamaan dari segi pentadbiran, pengurusan, kebersihan, keceriaan, kegiatan harian dan pembinaan insan”.

3. "Semua pihak mempunyai tanggungjawab untuk meninggikan syiar Islam dengan memberikan kerjasama kepada ahli jawatankuasa masjid yang merancang pelbagai kegiatan berfaedah dari semasa ke semasa”.

Titahnya dibacakan wakil rasminya, Raja Muda Johor, Tunku Ismail Ibrahim Tunku Ibrahim Ismail ketika merasmikan Masjid Datuk Ahmad Awang, yang dulunya dikenali sebagai Masjid India Johor Bahru. di Jalan Duke.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial