INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Monday, June 9, 2008

Serupa tapi tak sama?



Abu Bakar Barjan,
pengarang kitab Al Irsyad berkata,
bahawa manusia perlu mengambil aktibar
mengenai keadaan dan suasana di padang Mahsyar. Meskipun sekelian manusia dihimpunkan pada satu tempat yang sama, namun ada manusia yang dapat minum dari telaga Al Kauthar dan sebaliknya ada pula yang tidak dapat menghilangkan dahaga walaupun dengan setitik air.


Ada orang yang berada di tempat yang terang benderang dan malangnya ramai ramai pula yang akan bersesak di tempat yang gelap pekat. Walhal mereka berada di tempat yang sama. Ada pula manusia yang karam di dalam lautan peluhnya sendiri sebaliknya pula ada manusia yang duduk berehat tenang di bawah naungan Arasy Allah. Semuanya terjadi di Mahsyar yang sama.


Keaadan demikian berlaku sebagaimana keadaan yang sama berlaku di dunia ini. Contohnya ada beberapa pelajar yang belajar (menuntut ilmu) dari guru yang sama, tetapi di antara mereka ada yang lahir sebagai alim ulama, namun sebaliknya sebahagian dari mereka kekal terus dengan perangai buruk mereka, walaupun menadah ilmu dari guru yang sama dan kitab yang sama. Natijahnya sangat berbeza.


Ramai juga orang yang menunaikan haji di tanah suci Makkah. Mereka nampak bertawaf di Kaabah yang satu, melontar jamrah di tempat yang sama. Namun di antara mereka ada yang mendapat haji mambur dan tidak kurang pula ada yang mendapat haji Mardud. Apabila mereka kembali ke Negara dan kampong halaman masing-masing, ada yang akhlaknya bertambah baik, ibadatnya semakin lebat, sifat pemurahnya semakin bertambah, namun sebaliknya ada para hujjaj yang tetap dengan peranagi buruknya seperti sebelum mereka pergi menunaikan haji. Mereka tetap malas beribadah dan semakin bakhil. Walhal mereka meneunaikan haji di tempat yang sama dan di waktu yang sama.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial