INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Wednesday, June 11, 2008

Berikan Sedikit Cahaya


Andainya hidupmu bermandi cahaya
Terang-benderang sinarnya
Berikan sedikit cahaya itu
Kerna di sana ada yang memerlu
Dalam gelap mereka termangu

Di kala cahaya menerangi
Ada jalur warna yang mempesona
Namun dirimu jangan alpa
Kau teruja aman selesa
Mengecap damai sendirian saja

Terang sudah jalan hidupmu
Bersuluh cahaya segala penjuru
Namun jangan kau lupakan
Kegelapan yang dulu kau tinggalkan

Bawalah cebisan cahaya itu
Berikan kepada mereka di sana
Mereka juga menunggu-nunggu
Mahu keluar dari kegelapan
Menuju cahaya di hujung jalan

Zakaria Sungib
6/6/08
(Untuk album amal 2008)

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial