INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Tuesday, June 17, 2008

SUDAH LAMA KITA BERSAHABAT..APA YANG DIPEROLEHI SELAMA INI?

Ahli sufi Hatim al-Asham suatu hari ditanya sahabatnya Syaqiq al-Balkhi: “Wahai Hatim,sudah 30 tahun kita bersahabat, apakah yang telah anda perolehi selama ini?”

Hatim menjawab,'Telah aku perolehi 8 ilmu pengetahuan yang sangat berfaedah. Ini sudah cukup untuk diriku mencapai keselamatan dan kebahagiaan'. Syaqiq bertanya "Apakah itu,wahai sahabatku?"

Hatim menjawab:

PERTAMA : Aku telah puas mengamati pelbagai macam makhluk. Aku lihat masing-masing mempunyai kekasih sebagai tambatan hati. Ada yang mendampingi kekasihnya hanya menjelang kematiannya.Ada yang mendampingi sampai ke liang kubur. Setelah melihat kejadian itu, terlintas di fikiran ku, kekasih yang paling utama ialah yang menyertai seseorang masuk ke liang kubur dan memberikan hiburan di dalamnya.Hal ini hanya aku perolehi dengan beramal soleh. Oleh kerana itu, amal soleh aku jadikan sebagai kekasih, agar kelak boleh menjadi pelita dalam kuburku, menghibur dan tidak meninggalkanku sendirian.

KEDUA: aku lihat kebanyakan manusia hanya mengikut dan memperturutkan kehendak nafsunya sahaja untuk memenuhi segala keinginan. Melihat ini aku camkan firman Allah SWT yang bermaksud "Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaranTuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya,maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya." (An-Naaziat:40-41)

KETIGA : Aku lihat setiap orang membanting tulang untuk memperolehi dan mengumpul harta kekayaan dunia. Mereka membelanjakan dengan hemat, malah amat kikir. Aku layangkan fikiran dan hatiku PADA FIRMAN Allah SWT yang bermaksud :"Apa yang disisimu akan lenyap dan apa saja yang disisi Allah adalah kekal".(An-Nahl :9).
Oleh itu,aku segera keluarkan harta simpananku selama ini untuk REDHA ALLAH.Aku sedekahkan kepada faqir miskin dan untuk jihad fisabilillah agar kelak menjadi simpanan di sisi Allah SWT.

KEEMPAT : Aku lihat sesetengah manusia fikir kemuliaan dan ketinggian darjatnya ditentukan oleh ramainya kaum kerabat dan keluarganya.Mereka merasa megah dan bangga bila memiliki kaum kerabat yang ramai. Ada yang menganggap kemuliaan dan ketinggian martabat terletak pada harta benda dan anak-pinak. Dengan memeiliki semua itu,mereka menyombongkan diri. Malah ada yang berlaku zalim, rakus dan menumpahkan darah seaama manusia.Ada yang berlaku boros,berpesta-pesta dan menghamburkan harta benda.

Melihat hal itu,aku renungkan Firman Allah SWT yang berbunyi :"Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu disisi Allah ialah yang paling taqwa di antara kamu"(Al-Hujarat:13).
Oleh kerana itu kupilih taqwa sebagai satu kemuliaan dan ketinggian martabat.

KELIMA : Aku lihat manusia hidup saling mencela dan saling mengumpat. Kulihat punca semua itu adalah kedengkian dalam masalah harta, pengaruh dan kepandaian. Maka aku renungkan firman Allah SWT : "Apakah mereka yang membahagi-bahagi rahmat Tuhanmu? Kami telah menentukan antara mereka penghidupan di dunia. Dan Kami mengangkat sebahagian mereka atas sebahagian yang lain beberapa darjat agar sebahagian mereka dapat mempergunakan sebahagian yang lain. Dan rahmat Tuhanmu lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan"(Az-Zukhruf :32)

Kerana itu,aku mengerti pembahagian rezeki dan kedudukan itu telah ditentukan Allah sejak zaman azali.Kubuang jauh-jauh sifat iri hati dan dengki dari hati.Kuterima dengan senang hati setiap pembahagian dari Allah SWT.

KEENAM : Kulihat manusia saling bermusuhan kerana pelbagai sebab dan tujuan. Maka kuhayati firman Allah SWT :"Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuhmu. Kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala"(Faathir : 6)
"Mengertilah aku bahawa orang yang tidak layak memusuhi melainkan syaitan. Bererti orang yang memusuhi orang lain telah terkena jaring (tipudaya) syaitan.

KETUJUH : Aku lihat orang bekerja keras dan memerah tenaga untuk mencari makan dan keperluan hidup hingga terjerumus ke dalam syubhat, terjatuh ke jalan haram serta mencemarkan nama baik dan martabatnya. Maka aku renung kembali firman Allah SWT bermaksud : “dan tidak ada satu binatang melata di muka bumi melainkan Allahlah yang memberikan rezekinya” (Hud : 6)

Aku mengerti rezeki itu berada pada kekusaan Allah semata.Masalah rezeki,Dialah yang menenggungnya.Akupun bangkit memelihara ibadah kepadaNya dan kubuang jauh-jauh rasa tamak dan haloba. Hanya kepadaNya aku menyerahkan sepenuhnya masalah rezeki.

KELAPAN : Aku sering melihat manusia menyandarkan nasib dan harapan nya kepada sesama makhluk lain. Sebahagian mereka ada yang bersandar pada wang dan kebendaan, harta dan kekayaan,perusahaan dan perdagangan. Ada pula yang bergantung kepada sesama manusia. Maka aku perhatikan sungguh-sungguh firman Allah SWT bermaksud : “Dan Barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah,nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" (At-Talaq: 3)

Oleh kerana itu akau bertawakkal kepada Allah. Sebab hanya Dialah yang dapat mencukupkan segala keperluanku. Hanya Allah sebaik-baik pelindung. "Setelah mendengar keterangan Hatim, Syaqiq berkata: Semoga Allah memberikan taufik kepadamu,wahai sahabatku”.

Sekadar memetik pengajaran dan tauladan DARI KITAB "AYYUHAL WALAD' KARANGAN IMAM AL-GHAZALI. Semoga kita dapat manfaat darinya.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial