INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Friday, June 6, 2008

"..4 Hari Di Kampung..."

Assalamu'alaikum;
Khamis, 6 Jun (12.20 mlm)
Apakhabar sahabat2 amal dan ahli keluarga sekeluarga sekelian? Sekiranya kita sihat, maka bersyukurlah kepada Allah kerana dengan kesihatan yang baik mudah-mudahan kita dapat melakukan ibadah dengan sempurna. Andai kita tidak sihat, moga-moga ia menjadi kaffarah kepada dosa-dosa kita. Dan ambillah rawatan.

Setelah 4 hari pulang ke kampung (2-4 Jun 08) menziarahi ibuayah dan saudara mara, saya sekeluarga berkemas untuk pulang Saujana Utama (Kembali ke rutin biasa). Alhamdulillah; kami selamat sampai ke rumah pada pukul 9 mlm tadi. Kami bertolak dari Perlis lebih kurang pukul 11 pagi.

Sememangnya, berat juga hati untuk meninggalkan kampung halaman lebih-lebih lagi untuk meninggalkan mak dan ayah tercinta yang agak uzur. Mudah-mudahan ada rezki untuk menziarahi mereka berdua dalam masa terdekat, Amin. Saya tahu, mak amat risau dan sentiasa mendoakan keselamatan dan kelancaran perjalanan kami di sepanjang perjalanan pulang ke Sg Buloh. Selepas Maghrib, mak segera menelefon bertanyakan kedudukkan dan keadaan kami. "Alhamdulillah mak, semuanya baik. Terimakasih kerana mendoakan kami. Sekarang kami sedang berhenti sekejap untuk solat Jamak Qasar", lapor saya panjang lebar.

Begitulah ibu-ibu dan ayah-ayah kita. Ingatan dan kasih sayang mereka terhadap anak-anak (cucu) sungguh murni lagi sejati. Ya Allah, rahmatilah mereka berdua di dunia dan di akhirat sana.Sekalung Al Fatihah buat sekelian ibu-ibu kita.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial