SAN FRANCISCO 24 Jun – Pasukan bomba dari negeri-negeri jiran tiba di California semalam untuk membantu memadamkan lebih 800 kebakaran yang berlaku secara serentak ekoran ribut petir di bahagian utara.
Gabenor California, Arnold Schwarzenegger berkata, beribu-ribu anggota terlibat dalam operasi memadamkan kebakaran itu, yang berlaku dari Big Sur sehingga ke pedalaman Humboldt County.
Schwarzenegger melahirkan rasa terkejut di atas jumlah kebakaran tersebut yang menurutnya, bermula secara mengejut malam Sabtu lalu.
“Ia datang secara mengejut tanpa sebarang ramalan. Ini perkara biasa bagi ribut petir yang datang dari arah Pasifik. Tiada sebarang maklumat dikesan ketika ia menghampiri pantai kita,” katanya.
Menurutnya, beliau dimaklumkan mengenai 520 kebakaran di California petang kelmarin dan menjadi sangat terkejut apabila jumlah kebakaran itu melebihi 700 menjelang keesokannya.
Penolong Ketua Wilayah Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, Del Walters yang mengiringi Schwarzenegger bagaimanapun, memberi gambaran yang lebih menggerunkan: Angka sebenar ialah 842!
“Ribut petir seburuk ini tidak pernah berlaku di California sebelum ini, dengan 5,000 hingga 6,000 panahan petir direkodkan. Kebakaran berlaku pada setiap masa akibat panahan petir itu,” kata Walters.
Bantuan yang tiba semalam melibatkan pesawat bomba dari Nevada dan Oregon. Schwarzenegger berkata, beliau meminta bantuan itu selepas “menyedari kesulitan memadamkan 500 hingga 700 kebakaran secara serentak.”
Di daerah Mendocino County sahaja, sebanyak 110 kebakaran berlaku, tetapi hanya 17 sahaja dapat dikawal.
Jurucakap untuk Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran, Kevin Colburn berkata, sehingga semalam, sebanyak 40 peratus daripada kebakaran-kebakaran itu dapat dikawal. – AP
(SUMBER: BERIHATA HARIAN ONLINE 24 JUN 2008)

0 comments:
Post a Comment