INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Monday, June 23, 2008

ALHAMDULILLAH































Ucapkan alhamdulillah, bila Anda berjaya menyiapkan kerja Anda, tugasan Anda dan assignment Anda hari ini.


Bersyukurlah kerana Anda diberi ilham, ruang masa dan curahan tenaga oleh Allah s.w.t. untuk menyiapkan semuanya.


Ucapkan alhamdulillah, bila Anda baru balik dari kerja, selamat sampai di rumah dan di sambut oleh hilai tawa orang rumah Anda.


Bersyukurlah kerana Anda masih ada peluang mendengar kegirangan mereka, melihat cerianya wajah mereka dan menyentuh lembut kepala mereka. Hilai tawa mereka, kebahagiaan buat Anda.
Ucap alhamdulillah dalam bila Anda bertemu isteri serta anak-anak anda dan sempat pula menatap senyuman manis dan tawa riang di bibir mereka. Beruntung Anda kerana ada dianugerahkan keluarga yang bahagia!

Ucapkan Alhamdulillah andai anda beroleh sokongan dan doa rakan dan teman dalam usaha-usaha makrufatmu. Tanpa penyertaan mereka, anda dan saya akan pincang. Terimakasih kawan dan sahabat sekelian.

Alhamdulillah...
Ucapkan alhamdulillah di saat Anda mahu melelapkan mata, ucap tahniah pada diri Anda kerana berjaya menjadikan hari ini lebih baik dari yang sebelumnya. Anda sempat beribadah, beramal dan menambah pahala. Alhamdulillah, satu lagi kecemerlangan kecil tercipta. Niatkan dalam hati, Anda mahu jadikan pencapaian esok benar-benar lebih cemerlang buat diri Anda!

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial