LONDON – Saat beberapa buah negara dan pemimpin blok Barat 'bergilir-gilir' mengeluarkan kenyataan bernada sinis penuh prejudis terhadap Islam, saat mana mereka secara terbuka bersepakat meluluskan akta-akta yang bersifat menyerang dan berat sebelah terhadap Islam dan umatnya, maka perhatikanlah betapa Allah SWT Yang Maha Bijaksana itu telah mendatangkan pula dari kalangan mereka tokoh-tokoh yang bersifat terbuka, tampak membela dan memberi 'point' kepada Islam. Yakinlah bahawa Allah ada perancangannya yang tersendiri.
Firman Allah SWT: "..Mereka melakukan tipu daya dan Allah membalas tipudaya mereka, sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pembalas penipu daya.." Al-Quran Al-Imran:54)
Bila ada pemimpin barat yang non muslim mengajak rakyat negaranya supaya berusaha mengenali Islam lebih dekat serta mengambil sikap lebih toleran terhadap masyarakat Islam, maka ia suatu perkembangan yang amat menarik perhatian kita semua. Ia memberi gambaran positif terhadap perkembangan Islam itu sendiri.
Baru-baru ini, Boris Johnson, seorang pemimpin politik dari parti Konservatif, menyeru penduduk London berpuasa selama sehari pada bulan Ramadan ini bagi memahami ajaran Islam dan menghapuskan persepsi negatif mengenai masyarakat Islam.
Boris berkata demikian ketika melawat Masjid East London selepas dilantik menjadi Datuk Bandar London menggantikan Ken Livingston.
"Cubalah berpuasa walaupun sehari dan berbuka di masjid, anda pasti lebih memahami ajaran Islam," kata Johnson, 46 tahun yang sebelumnya merupakan bekas wartawan The Times dan The Daily Telegraph berasal dari New York, Amerika Syarikat.
Beliau kemudiannya turut memuji lebih 600,000 penduduk Islam di London di atas sumbangan dan keterlibatan mereka dan membangunkan ibu negara Britain itu sejak sekian lama.
Sama-samalah kita doakan agar Boris beroleh hidayah Allah SWT dan sekalung tahniah juga buat usaha gigih sekelian ikhwah dan akhawat kita di kota London. Sekali pun bermastautin di London sebagai penduduk minoriti, namun mereka telah berjaya mengharumkan Dinul Islam serta mengangkat syiar dan kemuliaannya ke tahap yang membanggakan. Muslim di London, insya Allah...muslim yang sentiasa bermotivasi, berdiplomasi, berkreativiti, berinovasi, dinamik lagi Rabbani. (Agensi)
Sahabatamal: Malu dan aib sungguh rasanya bila kedengaran masih ramai di kalangan umat Islam yang tergamak 'ponteng' puasa Ramadhan. Berani betul mereka. Malulah kepada Boris. Malulah kepada kanak-kanak sekolah yang sudah berlatih berpuasa sejak awal lagi.
Ada yang larat berpuasa, tapi solat tidak didirikan dan aurat pula tidak ditutup. Songsang betul. Yang teruk lagi ialah yang terus double triple 'dosa'. Puasa pun tidak, solat pun tidak, amalan apa pun tak mau buat. Tapi masa sambut Raya dia pulun habis. Syawal dah habis pun dok beraya lagi. Apakah dia tidak pernah berfikir dan merenungkan bahawa barangkali ini Ramadhan yang terakhir untuknya?
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
0 comments:
Post a Comment