INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Wednesday, August 18, 2010

TANDA DIRIMU DIRAHMATI ALLAH

Bersyukurlah andai dalam hati kita ada rasa belas kasihan kepada manusia. Bersyukurlah jika perasaaan sayang terhadap sesama manusia masih tersisa di dalam jiwa.

Jika perasaan kasih sayang itu masih ada, maka ia adalah petanda penting dan terkuat bahawa diri kita masih berada di dalam lingkungan dan limpahan Rahmat (kasih sayang) Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sekali lagi, bersyukurlah banyak-banyak kepada Allah ArRahman Ar Rahim. Peliharalah ia sebaik-baiknya. Bukan mudah untuk menjadi hamba-hamba yang layak serta terpilih dikasihiNya kerana manusia dalam jumlah terbanyak telah terpelanting jauh dari kasih sayangNya. Benar, akhir zaman menyaksikan betapa manusia semakin jauh dari petunjuk Allah dan menyimpang jauh dari jalan kebenaran.

Bila Allah tidak mengasihi dan menyayangi kita, maka jadilah kita manusia-manusia yang rugi, malang dan gagal senantiasa. Wal'iyazubillah.

Sabda Nabi SAW: "Gagal dan rugilah orang yang Allah tidak menjadikan di dalam hatinya rasa kasih sayang kepada (terhadap) manusia." (Diriwayatkan oleh Ad daulabi di dalam Al Kuna, Abu Nu'iam dalam Al Ma'rifah dan Ibn 'Asakir dari Amr bin Hubaib. Al Albani menghasankannya dalam Sahihul Jami'is Shaghir – 3205).

Mungkin, ada yang akan bertanya.., apakah penyebab kerugian dan kegagalan orang itu?

Kegagalan dan kerugiannya adalah dari kerana jauhnya dia dari Rahmat Allah SWT. Akibat tidak mengasihi manusia maka Allah juga tidak merahmatinya. Akibat tiada belas kasihan, maka tiada juga belas kasihan untuknya. Itulah kerugian dan kegagalan yang dimaksudkan. Allah menimpakan hukuman yang sama jenis ke atas dirinya.

Bukankah kita pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang tidak mengasihi, maka ia juga tidak akan dikasihi." (Diriwayatkan oleh At Tabrani dari Jarir sebagaimana tercatat di dalam Sahihul Jami'is Soghir no 6600 dan As Sohihah no 483).

Dalam kitab Al Jaza' min Jinsil 'Amal (II/118) diceritakan bahawa pada zaman kanak-kanaknya, Imam Zamakhsyari Rahimahullah pernah memasang perangkap untuk menangkap seekor burung dekat rumahnya. Kemudian burung itu pun datang dan memotong tali perangkap. Sebaik saja tali terputus maka kakinya terus melekat di dalam perangkap lalu terputus sebelah kakinya. Burung yang kesakitan itu berlalu pergi dengan satu kakinya.

Ibunya yang melihat kejadian itu berkata: "Nanti Allah akan memotong kaki kamu sebagaimana kamu mematahkan kaki burung ini."

Satu ketika semasa dewasanya, Imam Zamakhsyari bermusafir menuju ke kota Makkah. Dalam perjalanan, salji turun dengan lebat selebatnya. Beliau terjebak dan terperangkap di dalam salji yang mengakibatkan kakinya patah dari paha. Lalu, beliau berjalan pulang dengan sebelah kakinya sahaja.

Fahamlah kita bahawa Islam adalah agama kasih sayang dan saling berbelas kasihan. Ia dibawa dan disebarkan oleh Nabi yang penuh kasih sayang manakala agama Islam itu berasal dari Rabbul 'Alamin yang sangat menyayangi hamba-hambaNya.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial