INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Thursday, November 6, 2008

Terpelihara kerana memelihara


Sebagaimana bersungguh-sungguh Muslim Mukmin memelihara solat lima waktu sehari semalam, maka demikian jugalah Allah ta’ala memelihara, menjaga dan memimpin segala urusan mereka.


Datanglah suasana, situasi, keadaan, cuaca dan musim bagaimana pun, Muslim Mukmin tetap akan memelihara solat di dalam waktunya. Itulah janji mereka pada Tuhan. Mereka ternyata amat tahan lasak mendepani apa jua dugaan yang tiba hingga solat mereka benar-benar ‘terpelihara’ biarpun di kala permusafiran, di kala kesakitan, di kala melimpah kenikmatan, di kala kekalutan perang dan sebagainya. Kerana itulah Allah memuji dan menyebut perihal mereka di dalam Al Quran.


Firman Allah: “..dan orang-orang yang memelihara solat mereka”.

(Surah Al Mukminun ayat 9).


Rasulullah SAW meminta dipapah untuk mengimami solat di masjid saat sakit matinya menjelang. Apa pesanan baginda SAW buat kita semua? As Solah! as Solah! As Solah!


Saidina Umar Al Khattab meminta dipapahkan untuk bersolat walaupun tubuhnya berlumuran darah setalah tiga liang ditikam Abu Lu’lu-ah. Apakah wasiat yang diluahkannya saat sakarat telah mencengkam dirinya? “Tiada habuan di dalam Islam buat mereka yang meninggalkan kewajipan solatnya”.


Demikian juga kisahnya Amir bin Abdullah bin Zubair R.A. Keluarganya menangis teresak-esak kala ia kelemahan menghela sisa-sisa ‘rezqi’ nyawanya. Kemudian azan pun berkemundang tanda masuknya waktu solat.


‘Angkatlah tubuhku’, katanya pada ahli keluarga. ‘engkau hendak ke mana lagi?” tanya mereka kehairanan. “Angkatlah aku ke masjid’, luahnya penuh mengharap. ‘Dalam keaadan sebegini?” Tanya mereka kembali.


‘Subhanallah! Apakah aku tidak menyahut panggilan azan padahal aku telah mendengarnya’. ‘Angkatlah diriku ke sana!’, pintanya berulang kali. Lalu mereka memapahnya penuh rasa belas.


Setelah satu rakaat sempat bersama imam, beliau menghembuskan nafas terakhir di dalam sujudnya, berangkat pulang meninggalkan dunia yang fana ini buat selama-lamanya. Ya, ia mati dalam keadaan bersujud menyerah diri pada Allah Yang Esa.


saujana utama 6 nov 2008

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial