INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Wednesday, November 5, 2008

Tak Banyak Songel


“Humpphh!! Tak sedaplah menu kenduri ni. Tak kenalah dengan selera aku. Patahhh selera aku”, dengus seorang lelaki pada rakannya di satu majlis kahwin.

Pernahkah kita mendengar orang bersungut darihal makan minum dengan rungutan seumpama ini? Pernahkah juga kita merungut dan mencela makanan dengan rungutan sedemikian? Menurut Islam, bolehkah kita bersikap begitu?


Tidak boleh begitu. Nabi SAW tidak mengajar kita sikap sedemikian. Menurut asasnya, apa saja perbuatan mencela dan menghina samada dengan perkataan dan perbuatan adalah amat dilarang dalam Islam tak kira sama ada yang jenis dicela itu manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan mahupun makanan.


Dalam persoalan makan dan minum sahaja, manusia boleh mendapat pahala dan ada juga yang tak pasal-pasal dapat dosa. Andai dia bersyukur dengan nikmat makan minum yang telah tersedia atau terhidang tanpa banyak sungut dan songel, tanpa sedar ia telah beroleh pahala dari sisi Allah Ta’ala.


Tapi andai seseorang mencela makanan dan banyak pula songelnya di depan rezeki Allah tersebut, maka tanpa sedar juga ia sedang menzahirkan rasa tidak syukur atas nikmat yang diberi. Tidak syukur maknanya jadi kufur. Kufur nikmat.


Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata: “Nabi s.a.w. tidak pernah mencela makanan sama sekali. Jika baginda rasa berselera (terbuka selera), ia akan memakannya dan jika tidak, ia akan meninggalkannya sahaja.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Lihat contoh yang ditunjukkan nabi Saw. Baginda sama sekali tidak mencela rezeki Allah. Orang yang tidak mencela makanan adalah orang yang menuruti dan mencontohi sunnah Nabi Muhammad s.a.w.


Makanan adalah salah satu nikmat Allah s.w.t., maka wajib bagi seorang muslim mensyukuri dan memuliakannya. Antara tanda bersyukur itu ialah tidak menghina dan mencelanya sesuka hati.

Orang yang menghina dan mencela makanan adalah orang yang tidak tahu bersyukur kepada Allah s.w.t. atas kurniaan-Nya. Bimbang sekali akan terus berlaku kecacatan pada iman dan aqidah andai sikap sedemikian terus menjadi amalan. Ini kerana seorang yang mencela rezki, hakikatnya ia sedang mencela Pemberi Rezeki! Wal’iyazu billah.


Barangsiapa yang dihidangkan makanan atau minuman yang tidak disukainya, maka hendaklah ia meninggalkannya sahaja tanpa mencela dan menghinanya atau menghina si tukang masaknya kerana ia adalah nikmat kurniaan Allah Taala.


Orang yang mencela rezeki dan nikmat Allah adalah orang kufur kepada Allah dan bakal beroleh celaan di hari akhirat nanti.


Sebaiknya ketika sedang menghadapi atau menjamah makanan, benak fikiran hendaklah dibawa mengenang nasib insan yang dilanda kebuluran, orang-orang susah yang diulit kelaparan. Dengan kesedaran dan keinsafan itu, insya-Allah kita tidak akan menjadi orang yang banyak songel di hadapan makanan.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial