INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Friday, November 28, 2008

Iman Benteng Diri

Iman adalah satu nikmat Allah yang bersifat multi purpose. Kerana itulah ia menjadi anugerah Allah yang termahal buat insan yang dikasihiNya. Selain menjadi sebab terselamat dari azab Allah di akhirat, ia juga menjadi benteng ampuh bagi seseorang muslim dari terjebak melakukan dosa-dosa kepada Allah dan sesama manusia.


Tanpa iman, berbagai-bagai kerosakan dan kemusnahan akan berlaku dalam kehidupan manusia di dunia ini lebih-lebih lagi di akhirat sana. Menyisih diri dari suluhan iman dan hidayah akan menjadikan diri kita terdedah kepada segala macam anasir kejahatan dan dosa.


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., katanya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: “Seorang penzina tidak akan berzina jika ketika itu dia berada di dalam keimanan. Seorang pencuri tidak akan mencuri jika ketika itu dia berada di dalam keimanan iaitu iman yang sempurna. Begitu juga seorang peminum arak tidak akan minum arak jika ketika itu dia berada di dalam keimanan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim - Hadis Mutawatir)


Perhatikan. Berzina, meminum arak dan mencuri semuanya di dalam kategori dosa-dosa besar tajaan iblis dan syaitan. Tanpa benteng iman dan aqidah yang kuat, seseorang akan mudah dan terarah melakukan dosa-dosa besar khasnya tiga dosa besar utama yang tersebut dalam hadis di atas. Tanpa iman, seseorang itu akan tergamak melakukan larangan Allah tanpa rasa takut dan segan silu lagi.


Seorang yang berani melakukan dosa-dosa besar menunjukkan dadanya telah benar-benar dilanda kemarau iman. Mungkin ada saki-baki keimanan di dalam jiwa. Namun kerana iman itu tersangat lemah dan merosot graf indeknya, maka ia tidak berdaya mendepani runtunan nafsu syahwatnya yang bertali arus. Ia akan cepat mengalah dan akhirnya tunduk mudah kepada bujukan syaitan dan hawa nafsunya yang sentiasa mengajak kepada kejahatan.


Orang yang beriman, insya Allah tidak akan termakan bujukan syaitan yang sentiasa menyerunya melakukan larangan Allah serta meninggalkan perintah-Nya.


Orang yang beriman tidak akan terlibat di dalam gejala sosial yang boleh merosakkan maruah diri, keluarga dan agama. Dengan kemuliaan dan barakah imannya itu, ia terpelihara dari perbuatan keji dan mungkar.


Alangkah baik andai pendidikkan iman ditanam dan dipasakkan sungguh-sungguh ke dalam jiwa anak-anak dari usia remaja mereka. Inilah penawar Rabbaniyyah yang kita lupa dan kita sisihkan. Kita lebih yakin bahawa wang ringgit dan kepandaian kita boleh menyelesaikan semua masalah. Sebagai hamba yang sangat lemah dan jahil, kita telah bersikap bodoh sombong dengan Allah SWT. Lalu bertimpa-timpalah‘Az Zillah’ (kehinaan) menjerebukan landskap kehidupan kita.


Tidakkah ibubapa dan guru-guru serta seluruh masyarakat amat pening kepala dan sakit jiwa dengan percambahan gejala-gejala sosial dan krisis nilai yang semakin hari semakin parah persis kanser yang bakal membunuh jatidiri ummah? Bukan itukan paparan dan sajian media saban hari kepada kita? Naik jelak kita mendengarnya. Tetapi itulah rentetan kesan atau natijah akibat kita mengabaikan faktor iman dan aqidah di dalam segenap aspek kehidupan kita.


Kerana itu marilah sama-sama kita berusaha dan bersungguh-sungguh memupuk dan membina iman di dalam jiwa agar kita sejahtera daripada dosa dan noda. Iman kita wajib dimantapkan serta di ‘upgrade’kan dari masa kemasa ke arah yang lebih cemerlang. Ia sangat penting untuk tindakkan kita bersama, kerana nafsu dan syaitan tidak pernah berehat dari menjerat anak Adam ke dalam perangkapnya.


Para ulama menasihatkan bahawa usah sekali-kali berhasrat dan bercita-cita untuk melakukan dosa, kerana ia akan memusnah serta melenyapkan langsung saki-baki iman yang ada di dalam jiwa. Seandainya terbetik niat untuk melakukan dosa khasnya dosa melakukan zina, mencuri dan minum arak, maka segeralah beristighfar kepada Allah, pohonlah perlindungan Allah dengan membaca bacalah Isti’azah, ayat Kursiy dan Mu'awwizatain (surah al-Falaq dan an-Nas), ambillah wuduk, berzikir dan bacalah al-Quran, dapatkan nasihat dari guru yang soleh dan dekatkan diri dengan teman-teman yang beriman (jemaah kaum muslimin).


Dekatkanlah diri kita dengan majlis, program atau aktiviti yang boleh menyubur dan membina iman kita, bukannya majlis, aktiviti dan program yang membuatkan iman kita melayang.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial