Sesibuk mana pun urusan duniawi
Janganlah sampai melekakan kita
dari tuntuan As Solah
Sekalut manapun mu'amalah kita
dengan sekelian manusiawi
Jangan sampai terputus Silah dengan Allah
Jangan samapai rosak Qurbah dengan Allah
Bila....Harta benda melalaikan minda
Cinta kemahsyuran menyilaukan mata
Hubbud Dunya menyibuk dan mengkalutkan jiwa
Anak pinak meng 'ghaflah'kan kita.. Dari mengingati Allah..,
Maka, nantikan saat tibanya!
Kerugian yang datang bertimpa-timpa
Kerugian yang maksima
Dari dunia sampailah ke alam baqa
Dunia tetap dengan kesibukkannya
Majoriti manusia pula Tetap dengan kelalaian mereka
Sehingga tibalah saat dan masanya
Jarum saat pun terhenti
Tidak bergerak lagi
Dan tatkala..
Mentari menyongsang penuh misteri
Kemudiannya Muncul sayu dari arah Gharbiy.
Rupanya pintu Taubat telah pun terkunci
Gempa kiamat pun terjadi
Kala itu; sekelian amalan tak berguna lagi
manusia berkata: Nafsi! Nafsi!
Panggilan azan bergema lagi
Bersahut-sahutan seantaro bumi
membesarkan ilahi
Semoga Kita tidak lalai lagi
Semoga Al falah mengiringi
Saujana Utama
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
0 comments:
Post a Comment