INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Monday, November 17, 2008

JANGAN BERHUTANG MAKANAN

TEMERLOH, 14 Nov (Hrkh) –

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata:


1. Umat Islam perlu memperbaiki cara hidup yang lebih selamat dengan pemgawalan yang digariskan Islam bagi mengatasi kemelut sosial yang sedang melanda.


2. Pengisian rohani dan jasmani yang seimbang belandaskan Islam mesti dijadikan amalan kehidupan seharian bagi mencapai keselamatan dunia dan akhirat.


3. Janganlah umat Islam berhutang dalam pengurusan makanan yang dimakan setiap hari."Seboleh-bolehnya kalau kita makan biarlah makanan yang kita makan itu tidak berhutang. Benda lain tak apalah, macam kita hutang rumah, kita hutang kereta kerana benda itu kita nampak.


4. "Barang yang kita nampak ni mudah kita ingat nak bayar hutang. Tapi, makanan ni kita makan hilang. Lama-lama kita lupa, akhirnya tak bayar hutang, tak bayar hutang ni berat di sisi Islam, seboleh-bolehnya kita tak berhutang.


5. Dalam membina gerbang perkahwinan umat Islam perlu menekankan soal mendapat keberkatan dalam perkahwinan kerana perkahwinan yang mendapat keberkatan akan memperolehi kesejahteraan.


6. Untuk mendapat keberkatan umat Islam disuruh mengurangkan mahar (mas kahwin) bagi mengelak berlakunya masalah dalam membina rumahtangga. "Kita jangan ikut macam artis, maharnya mahal tapi empat bulan kahwin dah bercerai. Kita ikut yang Islam ajar iaitu perkahwinan mendapat berkat.


7. Tiap-tiap umat Islam mesti ada niat untuk mati fisabilillah. Kita mesti ada niat untuk mati di jalan Allah. Bidang kerjanya luas, bukan sahaja mati dalam peperangan tetapi setiap kerja yang ada niat untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini.


(Harakah.net)

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial