INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Sunday, December 20, 2009

"Kekerasan bukan jalan yang bijak," Dr Yusuf AlQardhawi Rahimhullah.


PUTRAJAYA: Selasa lalu, saya menerima satu bungkusan ‘Pos Laju’ dari Jakim. Mula-mula saya ingatkan bungkusan apa. Rupa-rupanya jemputan ke Muhadharah Perdana sempena Ma’al Hijrah 1431 H yang disampaikan oleh Al ‘Allamah Prof Dr Yusuf Al Qardhawi rahimahullah yang berlangsung semalam di PICC, Putrajaya.

Terimakasih ana ucapkan kepada pihak Jakim khasnya kepada al Fadhil Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia di atas jemputan tersebut. Sungguh, sudah lama saya dan sekelian pencinta ilmu merindui dan menantikan saat-saat yang indah itu iaitu untuk melihat dari dekat wajah Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia yang dirindui itu serta mendengarkan mutiara-mutiara ilmu dan hikmah darinya.

Pada mulanya, saya agak terkilan kerana tidak dapat hadir bersama di PICC semalam kerana ada urusan yang tidak dapat dielakkan. Namun, setelah mendapat maklumat dari kawan bahawa Sohibul Fadhilah yang juga penerima anugerah Ma’al Hijrah Peringkat Kebangsaan tahun 1431 Hijrah itu akan menyampaikan kuliah maghrib di Masjid Shah Alam, maka ia peluang keemasan yang saya tidak akan lepaskan. Dua anak bujang saya turut dibawa bersama supaya mereka juga dapat melihat dari dekat tokoh saya sanjungi ini. Moga mereka juga terlatih untuk mencintai para ulama dan ilmu pengetahuan. Moga nanti mereka juga terpanggil untuk sama-sama menghirup khazanah dan mutiara ilmu dari sebahagian buku-buku karya Sohibul Fadhilah yang telah mengisi pustakaan mini di rumah saya.

Berikut adalah anatara isi kandungan Muhadharah sohibul fadhilah prof Dr Yusuf Al Qardhawi yang disampaikan di PICC, Putrajaya, semalam.
“…Umat Islam perlu terus menyekat dakyah orientalis Barat kononnya jihad sebagai jalan untuk menyebar agama itu ke merata tempat di seluruh dunia. Kefahaman mengenai konsep jihad dalam ajaran Islam yang tulin dapat membantu umat Islam untuk mempertahankan hujah berkaitan penyebaran agama berkenaan. Peperangan menggunakan pedang bukan bertujuan untuk membuka negeri saja. Sebenarnya pedang tidak dapat membuka minda manusia……,”

"…Malah Islam tidak pernah disebarkan kepada umat manusia secara kekerasan walaupun jihad adalah satu kewajipan. Sememangnya kekerasan bukan jalan paling bijak untuk menyampaikan syiar Islam," katanya ketika menyampaikan ceramah perdana bertajuk Fiqh Jihad pada majlis Muhadharah Perdana 2009 sempena sambutan Ma’al Hijrah itu.”

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial