INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Thursday, December 3, 2009

HAKIKAT SYUKUR

Semoga pada hari ini, kita akan menjadi hamba yang lebih bersyukur dari semalam. Moga kita terpelihara daripada menjadi hamba yang hanya tenggelam di dalam lautan nikmat sebaliknya lupa memuja dan memuji Tuhan Pemberi nikmat.

Kita tidak akan sampai kepada hakikat syukur selagimana:

1. Lidah kita tidak mahu memuji Allah Ar Razzaq, berterimakasih dan mengiktiraf segala pemberianNya.

Sekalipun kita dapat memuji dan mensyukuriNya, maka ketahuilah bahawa kecenderungan dan kemampuan untuk memujiNya itu juga adalah salah satu nikmat besar dariNya ke atas diri kita.

2. Tidak tercetus di dalam Hati kita sekelumit pun rasa:
a. ‘Syahadah’ yakni penyaksian dan keyakinan total bahawa Dialah satu-satunya ‘Pemberi Nikmat’ yang tidak bertepi itu.
b. ‘Mahabbah’ yakni penyataan rasa ‘cinta kasih’ yang mendalam dan tidak terhingga kepadaNya.

3. Tubuh badan ataupun anggota lahir kita tidak mahu tunduk, patuh dan taat kepadaNya. Dalam ertikata yang lain, anggota badan atau panca indera kurniaan Tuhan di gunakan ke arah maksiat dan dosa, dihalakan kepada perkara mungkar dan sia-sia.

Selagimana kita tidak dapat menzahirkan tiga aspek ini dalam kehidupan kita maka selagi itulah kita belum mencapai ertikata hakikat syukur yang sebenarnya. Semoga syukur kita di hari ini dan hari-hari yang mendatang adalah syukur yang sempurna.

Rujukan: Tahzib Madarijus Salikin

1 comments:

Yusoff, Masjid An-Nur Saujana Utamasaid...

السلام عليكم ورحمة الله

Bersyukur kita kepada ALLAH di atas nikmatNya yang paling besar iaitu nikmat Islam dan Iman yang mana tanpanya kita tidak berupaya untuk menjadi hambaNya yang beriman dan bertaqwa.

Untuk menjadi seorang hamba ALLAH yang sentiasa bersyukur, kita perlu 'cuci' hati kita setiap hari. Hati kita perlu dibersihkan. Dengan hati yang bersih, akan lahir rasa ikhlas dan rasa syukur atas segala pemberian nikmat ALLAH kepada kita. Barulah kita sedar betapa banyaknya nikmat yang telah ALLAH berikan. Dalam buku "Bawalah Hatimu Kepada Tuhan", penulis telah meletakkan amalan bersyukur sebagai salah satu yang mesti disematkan dalam sanubari kita.

Maka dengan itu, kita akan merasakan terlalu banyak nikmat yang ALLAH berikan kepada kita. Sebab itulah jika kita hendak menghitung akan nikmat-nikmat ALLAH kepada kita, tidak akan terhitung oleh kita sepertimana Firman ALLAH dalam Surah An-Nahl 18 yang bermaksud:

"dan jika kamu menghitung nikmat ALLAH (yang dikurniakan kepada kamu) nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya, Sesungghunya ALLAH Maha pengampun lagi Maha Pengasihani"

Dalam Surah Ibrahim ayat 6 juga ALLAH telah berfirman yang bermaksud:

"dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berkata, demi sesungguhnya, jika kamu bersyukur akan nikmatku akan aku tambahi lagi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur akan nikmatKu, ingatlah bahawa azabKu amatlah pedih"

Oleh yang demikian, tidak rugi sekiranya kita menjadi hamba ALLAH yang sentiasa bersyukur.

والله اعلم

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial