1. Harapan agama, bangsa dan Negara kepada genarasi remaja amat besar sekali kerana dibahu merekalah terpikulnya amanah ummah. Jesteru, terhasil dan terbentuknya seorang remaja yang bersifat Rabbani di dalam satu-satu komuniti itu tidak dapat dijumlah atau dibandingkankan dengan sebanyakmana pun harta duniawi ini.
2. Untuk mencapai objektif mulia ‘Remaja Soleh Pemangkin Kesinambungan Ummah’ ini, maka pelbagai program mesti dirangkakan. Kreativiti ramai pihak bagi menjayakan aktiviti remaja amat dialu-alukan. Sejumlah dana sangat diperlukan bagi merealisasikan segala niat dan usaha murni ini.
3. BAJET UNTUK PEMBINAAN REMAJA SOLEH
Menyedari dan menginsafi betapa pentingnya cita-cita, hasrat dan matlamat ini, Kerajaan Negeri Kedah memperuntukkan RM250,000 untuk pengendalian Kem Bina Sahsiah (KBS) bagi golongan remaja.
4. KITA PERLU INSAN-INSAN MULIA
“Kem anjuran kerajaan negeri itu bertujuan melahirkan insan yang berguna untuk agama dan negara dengan mensasarkan pembangunan insaniah di kalangan remaja,” jelas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
5. TAK RUGI APA-APA
Dalam ucapan penutupan KBS di Kolej Universiti Insaniyyah, Alor Setar, Isnin baru-baru ini, Datuk Seri Azizan berkata: " Sebanyak 290 peserta telah mengikuti kursus selama 21 hari yang bermula pada 1 Dis lepas. Kerajaan negeri membelanjakan sebanyak RM870 bagi setiap seorang peserta kursus dan ia bukan satu kerugian membelanjakan wang untuk program seperti ini kerana ia memberi impak yang baik untuk melahirkan insan yang berguna. kerajaan negeri memandang serius masalah sahsiah remaja sekarang dan penganjuran kem pada musim cuti itu adalah sebagai langkah membendung gejala sosial di kalangan remaja.”
6. TERUSKAN & BUAT LEBIH BAIK
Saya harap KBS terus mendapat sambutan dan dirancang dengan lebih baik lagi dari semasa ke semasa bagi menyemai keperibadian yang mulia agar anak-anak di negeri ini berjaya mengharungi perjuangan hidup mereka," tambahnya.
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
0 comments:
Post a Comment