INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Thursday, November 12, 2009

TANPA ILMU MANUSIA BUTA


1. Ilmu itu penting sekali. Tanpa ilmu tertolaklah amalan. Kerana Allah tidak akan menerima amalan sijahil biar ia membukit sekalipun. Maka beramallah dengan ilmu.
2. Para ulama berkata: “ilmu mesti berdiri di hadapan amalan dan perbuatan seseorang.” Bukannya amalan di hadapan ilmu. Sekali lagi, letakan ilmu itu di hadapan amalan. Barulah syiatan tidak dapat merosakan. Bila ilmu di hadapan amalan, maka syaitan akan ketakutan.


3. Ilmu itu Nur (cahaya) yang menjadi penunjuk dan pembimbing segala amalan. Ibarat tanpa lampu suluh bergerak di malam yang gelap gelita tanpa sebutir pun bintang di langit, maka seseorang itu berkemungkinan sahaja berhadapan dengan beberapa risiko yang merbahaya. Mungkin akan terjatuh ke dalam lopak yang cetek atau lubang yang dalam. Boleh jadi terpijak duri, paku atau kaca. Mungkin akan disengat atau dipatuk bintang berbisa atau boleh jadi kepala akan terhantuk dengan sesuatu yang menyakitkan. Andai tiada lampu menara di pantai boleh jadi nahkoda dan anak kapal sekeliannya akan sesat hanyut di tengah lautan luas. Pendekata, pelbagai bahaya andai meredah kegelapan malam tanpa lampu suluh.
4. Demikian halnya dengan kehidupan. Hidup yang tidak bersuluhkan ilmu akan menjerumuskan seseorang ke dalam bahaya dan kerosakan yang tidak sedikit. Saidina Umar pernah mengungkapkan “..betapa seseorang yang berbuat sesuatu tanpa ilmu maka akan berlaku nanti natijah kerosakannya lebih banyak dari hasil kemanfaatnya.” Lirik nasyid berbunyi: "Tanpa agama manusia binasa. tanpa ilmu manusia manusia buta.' kata-kata yang tepat sekali.
5. Tersebut di dalam hadis dari Mu’az bin Jabal r.a. berkata: “Ilmu adalah pemimpin dan amalan adalah pengikut.” (Riwayat Ibn Abdil Barr daripada Mu’az bin Jabal).
6. Jesteru, dekatkanlah diri kita dengan sumber-sumber ilmu, dengan majlis-majlis ilmu. Meriahkanlah majlis ilmu tak kira di mana sahaja. Hidupkan suasana ilmu hatta di rumah dan di pejabat kita. Dampingkanlah diri dengan para alim ulamak bukannya bersahabat dengan orang-orang tamak, atau dengan orang yang berfikiran semak ataupun membuang masa duduk berjam-jam di kedai mamak. Kalau tak ada apa-apa yang penting eloklah ambil masa membantu kerja sekolah anak-anak.
7. Ampun maaf andai terkasar bahasa.

3 comments:

zaman shah said...

ye..tepat tu ustaz,segala-galanya perlukan ilmu,tanpa ilmu tentu saja apa yang kita lakukan tak mendaptkan hasil yang baik,nak dunia kena ada ilmu,nak akhirat juga kena ada ilmu..begitu pentingnya ilmu dalam kehidupan kita..ilmu itu cahaya..carilah ilmu sebanyak2nya moga hidup kita ada panduan..

Yusoff, Masjid An-Nur Saujana Utamasaid...

السلام عليكم ورحمة الله
Amalan tanpa ilmu dalah amalan yang sia-sia. itulah pentingnya ilmu. Sebab itu menuntut ilmu wajib ke atas orang Islam. malah ALLAH telah berfirman dalam surah Az-Zumar ayat 9 yang bermaksud:-

"Katakanlah lagi (kepadanya), adakah sama orang-orang yang berilmu dengan orang-orang yang tidak berilmu?...."

Kita lakukan ibadah dengan adanya ilmu, bukan hanya ikut orang. Ini bertepatan dengan sabda Rasulullah S.A.W. ,

من اراد الدنيا فعليه بالعلم ومن اراد الآخرة فعليه بالعلم، ومن ارادهما معا فعليه بالعلم

"Barangsiapa yang berkehendakkan dunia hendaklah mendapatkannya dengan ilmu, dan barangsiapa yang berkehendakkan akhirat hendaklah mendapatkannya dengan ilmu dan barangsiapa yang berkehendakkan kedua-duanya juga hendklah mendapatkannya dengan ilmu"

Malah ALLAH akan mengangkat darjat orang-orang yang berilmu sepertimana firmanNya dalam surah Al-Mujaddalah ayat ayat 11,

يرفع الله الذين ءامنوا منكم والذين أوتوا العلم درجت

"ALLAH mengangkat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan dengan beberapa darjat...."

Demikianlah beberapa Firman ALLAH dan Sabda Rasulullah yang dapat saya sertakan untuk kita berfikir bersama tentang kepentingan ilmu kerana Sabda Rasulullah juga

تفكر ساعة خير من عبادة سنة

"Berfikir sesaat adalah lebih baik dari beribadah selama setahun"

di mana ibadah setahun yang dimaksudkan di sini adalah ibadah tanpa hikmah yang terkandung di dalamnya yang boleh membaiki akhlak dan budi pekerti kita.

والله اعلم

SAHABAT AMAL said...

terimakasih di atas kedua-dua pandangan zaman syah dan imam Yusuf. kalau kita rindukan pertemuan di syurga maka jalannya adalah jalan ilmu.

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial