INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Monday, November 2, 2009

'Mak! Ayah! Bergembiralah menjadi tetamu Allah'

1. Pada bulan Ramadhan yang lalu, ada tiga perkara yang bertandang lalu menambah kegembiraan dalam diri saya. Alhamdulillah, pada tahun 1430 H (2009) ini, Allah Ta'ala telah memberikan 'kelapangan' dan 'kegembiraan' selepas saya dan keluarga berdepan dengan tahun-tahun yang sukar. namun, begitulah resam dunia. Bersilih ganti antara Al 'Usr dan Al Yusr. Dalam surah Al Insyirah, dua kali Allah mengulangkan bersama setiap kesusahan itu ada kesenangan.
2. Ya, hidup kita di dunia ini bersilih ganti antara suka dan duka, susah dan senang, sedih dan gembira. Itulah Sunnatullah di maya pada ini. Untuk menguji dan menilai siapakah di kalangan kita yang menjadi hamba yang sebenarnya. Hamba yang yang berjaya mengisi As Sabr (kesabaran) saat Al "Usr" melanda dan mengisi 'Asy Syukr' (kesyukuran) saat 'Al Yusr' bertandang.

3. Alhamdulillah, pada pertengahan Ramadhan, saya selesai menamatkan cacatan untuk buku saya yang kedua yang insya Allah akan berada di pasaran tidak lama lagi. Setakat ini pihak editorial buku GISB mencadangkan agar jodol buku ini dinamakan 'Lembutkan Hatimu'. Itu jodol pilihan setakat ini. Mungkin juga ada jodol lain pada saat-saat akhir. Kita mengharapkan yang terbaik.
4. Seterusnya, saya mendapat berita gembira dari pihak editorial buku Galeri Ilmu Sdn Bhd, bahawa buku saya yang pertama 'Bawa Hatimu Kepada Tuhan' telah mendapat tempahan pihak Perpustakaan Negara Malaysia PNM'. Berita ini memberi dorongan dan membakar semangat penulis angkatan baru seperti saya untuk terus maju kehadapan. Terimakasih Ya Allah, terimakasih PNM dan Galeri Ilmu sdn Bhd!
5. Khabar ketiga yang sangat menggembirakan bilamana Mak Ayah saya dijemput Allah swt untuk menjadi tetamunya di tanah suci pada tahun ini. Saya tahu, mak dan ayah telah lama merindui dan menanti saat ini. Selama ini, bila musim haji menjelma, mereka hanya mampu 'menangis' kerana rindukan perkumpulan bersama hujjaj yang lain bertamu ke Bumi penuh Barakah. Namun apakan daya, rezeki belum tiba.
6. fizikal mak ayah nampak uzur. Almaklumlah semasa muda berkerja kuat membanting tulang dan memerah tenaga sekian lama untuk membesarkan kami berenam. Namun, pada wajah mereka berdua tampak semangat, iltizam dan azam yang kuat untuk menyempurnakan kemuncak rukun islam yang lima ini. Tahniah juga buat abg Din dan Kak Zi'ah yang akan bersama mak dan ayah berangkat ke tanah suci pada 5 Nov ini.
7. Mak! Ayah! Usahlah bersedih dengan perpisahan ini. Bergembiralah menjadi tetamu Allah! Bergembiralah dengan seruan agung ini! Bertalbiahlah sebanyak-banyaknya membesarkan Allah. Insya Allah, kami anak cucu semua akan terus mendoakan kesihatan, kesejahteraan, keselamatan, pemakbulan dan kemabruran haji mak dan ayah. Selamat pergi dan selamat kembali. Ma'as Salamah.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial