INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Sunday, November 22, 2009

MEMBUNUH UNTUK DAPATKAN LEMAK CAIR


LIMA, Peru:
1. Seandainya manusia beriman dan bertaqwa, maka kedudukannya akan lebih mulia dari kedudukan malaikat. Namun apabila mereka tidak beriman dan berserah diri kepaada Allah bahkan menuruti pula hawa nafsu mereka yang mengajak kepada kejahatan, maka kala itu darjat mereka akan lebih rendah dan hina daripada binatang.

2. Firman Allah SWT: Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat, dan mereka telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar. Mereka itu umpama binatang ternakan bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. Surah al-A'raf: 179

3. Suatu masa dulu, kita ada mendengar bahawa bahan-bahan haram telah digunakan dalam pembuatan dan penghasilan produk kosmetik. Unsur-unsur daripada komponen babi dan binatang yang tidak disembelih secara syarie telah dimasukkan kedalam produk-produk tersebut. Kepada pengguna-pengguna Islam yang tidak sensitif, sudahlah wang mereka banyak mengalir kepada pihak kapitalis ‘penghisap darah’ itu bahkan mereka turut diperhinakan pula dengan unsur-unsur najis yang ada di dalam produk-produk tersebut. Bukan sahaja mereka boleh kaut duit umat Islam, mereka juga sempat lagi menghina pengguna-pengguna Islam. Dalam hal ini sudah tentu kita nampak betapa pentingnya persoalan fardhu kifayah di dalam ekonomi Islam.


4. Namun, apakah pihak kapitalis yang berhati ‘binatang’ itu akan puas hati terhadap apa yang mereka lakukan? Apakah mereka akan berhenti di tahap itu? Mustahil sama sekali. Hidup mereka yang bermatlamatkan ‘memonopoli kekayaan’ dan beroreantasikan ‘matlamat menghalalkan cara’ itu tidak akan berhenti daripada melahap mangsa-mangsa mereka. Kapitalis sanggup membunuh untuk mencapai cita-cita dan kerakusan mereka.

5. Tahukah anada, bahawa kes pembunuhan harini bukan sahaja bermatlamatkan dendam, cemburu buta, pergaduhan semata-mata. Pembunuhan alaf moden kini turut berlaku kerana bermotifkan perniagaan dan keuntungan. Seorang mungkin ditanya, ‘ kenapa anda membunuh?’. Apa jawabnya: “Untuk Bisnes.” “Bisnes apa.” “Lemak cair daa..”

6. Pembuatan kosmetik kini bukan sahaja boleh didapati dari komponen-komponen bintang yang haram bahkan ia meleret ke tahap yang tidak masuk akal. Menurut berita terbaru daripada Peru, Satu kumpulan di hutan pedalaman Peru membunuh mangsa untuk mendapatkan lemak mayat bagi dijual di pasaran gelap untuk kegunaan industri kosmetik. Dua daripada suspek itu yang ditahan membawa botol mengandungi lemak cair itu memberitahu polis ia bernilai AS$15,000 seliter. Tiga suspek pula sudah mengaku membunuh lima orang untuk mendapatkan lemak mereka, kata Kol Jorge Mejia, ketua polis anticulik Peru.

7. Mejia berkata, suspek memberitahu polis lemak berkenaan di jual kepada orang tengah di Lima tetapi tidak dapat mengesahkan ia untuk syarikat kosmetik di Eropah. Pada satu sidang media itu, polis menunjukkan dua botol lemak yang dirampas daripada suspek dan gambar kepala mangsa berusia 27 tahun yang mereput.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial