MAKKAH: Cuaca panas dan kering di sini bertukar menjadi mendung dan kemudian hujan ketika 2.5 juta jemaah haji seluruh dunia termasuk 25,000 dari Malaysia bergerak menuju ke Arafah, menjelang wukuf esok.
Jemaah haji Malaysia yang ditempatkan di 10 tempat penginapan atau Maktab Tabung Haji di sekitar Makkah dibawa secara beransur-ansur menaiki 160 bas yang disewa khas Tabung Haji bermula jam 11 pagi waktu tempatan (4 petang waktu Malaysia).
Ketua rombongan haji, Salleh Mubin, berkata operasi membawa jemaah haji ke Arafah dijangka selesai sepenuhnya menjelang tengah malam ini (5 pagi waktu Malaysia).
Beliau berkata, Tabung Haji akan berusaha menentukan semua jemaah haji Malaysia berada di Arafah esok untuk wukuf kerana ia adalah perkara wajib dalam ibadah haji.
"Jemaah haji yang sakit pula akan dibawa ke Arafah oleh petugas perubatan Tabung Haji dengan ambulans," katanya.
Pemerhatian pasukan media Tabung Haji mendapati pergerakan lalu lintas masih lancar dan dikawal ketat oleh pihak berkuasa Arab Saudi. - Bernama
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
0 comments:
Post a Comment