INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Friday, August 14, 2009

UST ASRI : "SEORANG MUSLIM YANG SAYANGKAN AGAMANYA"


1. "..Semoga Allah merahmati, mengasihi dan mengampuni beliau. Beliau telah menunjukkan sikap yang baik dan sumbangan kepada dakwah. Apa yang saya tahu, selepas meninggalkan al-Arqam, melalui lagu-lagu nasyid, beliau menyampaikan mesej yang baik.Sekurang-kurangnya ia menjadi alternatif kepada hiburan yang tidak membawa kepada nilai positif. Kita tahu dia seorang muslim yang sayangkan agamanya. Kita doakan Allah menyayanginya. “Ya Allah ampunlah dan kasihilah dia”.(DrMaza.com)

2. "Setelah seluruh hidupku pada liku suka dukanya ditemani oleh buah tangan Ustaz Asri Ibrahim, mudah-mudahan buah tangan itu kini menjadi amal soleh yang menemani perjalanan al-Marhum di alam yang sepi dan sunyi itu. Bilakah pula perjanjian itu ke atas diriku dan dirimu?" Catat Ustaz Hasrizal Abdul Jamil di blognya.

3. "Mendengar berita yang beliau meninggal dunia pagi ini sangat mengejutkan saya. Begitulah… kematian yang datang tiba-tiba. Senyum, suara dan sifat ramah-tamah serta hormatnya masih terbayang di ruang mata. Al Fatihah sahabat dan adik ku… Allahyarham ASRI IBRAHIM. Istirahatlah wahai sahabat dari ujian dunia, semoga kau soleh di sisi pangkuan Cinta Allah di sana. Benar, tadi adalah subuh mu yang terakhir!" Coret Ustaz Pahrol Muhammad Juoi di blognya, GentaRasa.Com.

4. "Ustaz Asri pada saya adalah pendakwah tulin. Dia begitu menjaga tutur kata dan akhlaqnya kerana dia berpegang kepada prinsip bahawa sebagai seorang penasyid, dia perlu menjaga akhlaqnya agar sesuai dengan lirik-lirik lagu yang diperjuangkan dalam semua lagu-lagu nasyidnya. Dia gigih berdakwah melalui lirik-lirik lagunya. Nasyid adalah medan jihadnya dan dia begitu istiqamah (konsisten) dengan jihadnya itu.

Akhlaq dan perjuangan Ustaz Asri ini patut diteladani oleh para penasyid lain.Pada Ustaz Asri, nasyid adalah medan dakwah dan bukannya medan glamour.Dia hanya mengharap keredhaan Allah. Saya menangisi pemergiannya kerahmatullah. Kita kehilangan sebutir permata. Saya sekeluarga merasai kehilangannya. Takziah untuk keluarganya." Ulas sdr Zabidi Mohamed di blognya.

5. “Saya berasa sedih sebab Ustaz Asri ibarat suatu mutiara indah yang sukar dicari dari segi dakwah dan keseniannya. Sebab itu Allah mengambilnya terlebih awal (pada usia 40 tahun) kerana Allah sayangkan dia yang bersih. Biasalah, orang hebat sepertinya Allah akan ambil cepat. Dia (Asri) dah sampaikan apa yang patut disampaikan. Jadi, Allah ambil dia dalam keadaan yang bersih." Luah Ustaz Akhil Hayy.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial