INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Monday, August 10, 2009

TELADAN APA YANG DIBERIKAN?

1. Seorang bapa bukan sekadar 'hero' yang berhempas pulas berjuang menyara hidup dan memelihara isteri dan anak-anaknya bahkan ia adalah Qudwah (teladan atau role model) buat mereka di dalam kehidupan nan fana. Sikap dan tingkah laku baik yang ditampilkannya samada sedar ataupun tidak, berfungsi sebagai tarbiah dan dakwah lisanul hal kepada seisi keluarganya.

2. Di dalam rumahtangga pula, seandainya seorang bapa menzahir serta mengaplikasikan teladan dan akhlak islami dalam dirinya maka terbentuk dan membesarlah juga anak-anak di dalam Uswah, Bi-ah (persekitaran) dan ladskap yang solehah juga. Namun sekiranya ia tega mempromosi dan meng'orentasi'kan kepada anak-anak kehidupan Jahiliyyah yang bobrok, penuh kesesatan dan kebatilan itu, maka bersedialah untuk menghadapi sessi raungan penyesalan yang amat memilukan hati yakni saat dirinya di hadapkan ke pertanggungjawaban hakiki di hadapan Allah sana.Bukankah anak-anak itu amanah Allah swt?

3. Mendidik anak-anak dan isteri agar menjadi insan soleh solehah adalah tugas dan kerja yang mulia namun kedapatan bapa juga suami muslim di zaman moden ini yang meremeh dan mengabaikan tugas dan peranan maha penting ini.

Alasan yang tak pernah sudah...
4. Atas alasan jadual amat sibuk dan padat, tak mahu ketingggalan zaman atau dunia sudah berubah maka diri anak-anak yang dahagakan bimbingan dan kasih sayang dibiarkan kering kontang, Aqidah anak-anak dibiarkan berjerebu. Rohaniah dan adab anak-anak dibiarkan sakit atau hancur berkecai. Akhlak dan jatidiri anak-anak dibiar menyapu bumi.

5. Jesteru, seorang bapa yang tidak mahu atau tidak berusaha mendidik, membimbing dan menjadi contoh kepada anak-anaknya bukan sahaja dilihat gagal berperanan sebagai guru pertama kepada anak-anaknya bahkan ia dikira telah mengkhianati amanah besar dari Allah swt itu.

6. Pendidikan yang paling berkesan ialah bilamana si bapa berjaya melahirkan keindahan teladan dan pekerti mulia saat anak-anak membesar ataupun menginjak usia remaja di hadapan mata kepala mereka. Dialah bapa yang mithali kerana teladan yang dizahirkan olehnya itu terangkum penuh ikhlas, spontan, realistik dan bersahaja. Teladan yang lahir di atas dasar keimanan, kefahaman, kesedaran, keprihatinan terhadap pertanggung jawaban yang berat terpikul di bahunya.

7. Amat sedih untuk diluahkan bahawa seawal saat kelahiran, maka si bapa dengan penuh kesyukuran dan rasa tanggungjawab telah memberikan nama yang baik kepada anak-anaknya lalu ia membin atau membintikan kepada namanya. Tidak cukup dengan itu. Anak-anak di aqiqahkan dan kemudiannya dikhatankan pula. Anak-anak dipastikan tidak kelaparan dan kesakitan.

8. Demikianlah hebatnya kasih sayang yang di curahkan saat anak-anak masih kecil. Anak-anak dijaga dengan rapi dan teratur. Si bapa akan melakukan segala-galanya demi keselamatan amak-anak. Namun bilamana anak-anak telah meningkat usia ke alam remaja dan belia, tanpa sedar mereka mula dibiarkan hanyut bersama kawan-kawannya. Tiada kata teguran mupun nasihat walaupun perkara jelik telah berlaku. Langsung tiada rasa cemburu di dalam jiwa. Kenapa jadi sedemikian?

9. Dek kerana asakkan budaya-budaya palsu dan songsang dalam dunia tanpa sempadan hari ini, maka mulalah anak-anak yang sebelum itu telah dijangkiti sindrom 'kosong jiwa' dan 'tepu minda' (asbab kegagalan ayah mendidik mereka di suatu masa dahulu) telah terarah meniru bulat-bulat segala teladan jahiliah yang dangkal dan sesat itu, bahkan mereka jadi lebih fanatik sehingga kemaruk memuja idola-idola fasiq, fajir hatta terhadap si kafir yang tidak pernah berjasa apa-apa pun kepada mereka.

10. Idola-idola barat Itulah ikon-ikon kebejatan yang muncul lewat media massa atau layar maya yang rakus membiuskan minda dan mengaut keuntungan setamak-tamaknya tanpa memperdulikan sedikitpun hasil kerosakan, hunar dan kebejatan yang dicetuskan oleh mereka. Al hasilnya kebaikan, perjuangan, pengorbanan dan kasih sayang bapa yang dicurahkan selama ini telah dilupakan begitu sahaja.

Kita adalah pemimpin...
11. Sebagai suami maupun ayah, suka ataupun tidak, mahu atau tidak mahu, hendaklah ia menerima hakikat seseorang lelaki itu adalah pemimpin di dalam lingkungannya. Pemimpin yang tidak akan lepas ataupun terkecuali dari sessi pertanyaan dan pertanggungjawaban itu. Bayangkan waktu ia dihadapkan kepada Allah seorang diri. Ya, perginya seorang diri tetapi ia harus menjawab berkenaan 'banyak diri-diri' mereka yang berada di bawah lingkungan ri'ayahnya. Diri isterinya. Diri anak-anaknya. Diri staff-staffnya kalau ia seorang boss. Diri pengundi-pengundinya jika ia seorang wakil rakyat. Diri makmum-makmum nya jika ia seorang imam. Diri murid-muridnya jika ia seorang guru. Diri rakyat jelatanya jika ia sebagai ketua negara.

12. Amat duka cita dirasakan bilamana isteri dan anak-anak tidak mendapat kebaikkan yang banyak daripada suami dan ayah yang juga 'pemimpin' mereka. Kasihan isteri dan anak-anak yang dibiarkan tanpa bimbingan agama. Kasihan isteri dan anak-anak yang tidak dihubungkan hidup mereka dengan tali Allah.

13. Imam fudhail bin 'Iyadh bercerita: “Imam Malik rahimahullah ternampak seorang lelaki yang melakukan kesalahan di dalam solatnya lalu ia berkata: “Kasihan aku pada anak isterinya.” Seorang lelaki bertanya: “Ya Aba Yahya, lelaki itu yang rosak solatnya, kenapa engkau rasa belas kasihan dengan anak isterinya pula?”. “Kerana dialah ketua (imam) mereka di mana anak dan isterinya mempelajari sesuatu darinya,” jawab Imam Malik.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial