1. Salam Ramadhan 1431 Hijrah diucapkan kepada sekelian muslimin dan muslimat di mana sahaja anda berada, khasnya buat sekelian komuniti ‘Sahabat Amal’ yang dimuliakan.
2. Syukur padaMu ya Allah di atas anugerah dan rezqi ini. Terimakasih padaMu Ya Rabb kerana memilih hambaMu yang hina dina ini untuk mendekat, mentaqarrub dan membersih ‘kekotoran dirinya’ di bulan yang mulia ini.
3. Semoga Ramadhan kita kali ini akan yang menjadi yang terbaik di dalam hidup kita. Untuk itu maka harus kita tingkatkan kefahaman, penghayatan dan kesedaran kita mengenai pengertian, tujuan, dan matlamat kenapa Allah swt menganugerahkan Ramadhan kepada kitam umat Nabi Muhammad saw? Dan kenapa kita diwajibkan berpuasa selama sebulan.
4. Sambutlah Ramadhan dengan gabungan zikir+fikir. Dengan zikir ruh kita akan hidup, bercahaya dan gemilang. Dengan fikir kita akan dapat mencapai segala iktibar dan pengajaran dari kebesaran dan keagungan Ramadhan samada yang tersurat maupun yang tersirat.
5. Ramadhan yang maksudnya 'panas membakar' itu diharapkan dapat membakar saki baki tunggul-tunggul dosa kita kepada Allah dan sesama manusia.
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
1 comments:
Ye..Ustaz sama-sama kita manfaatkan Ramadhan dengan amal ibadah,semoga Tuhan merahmati kita semua..Gabungan zikir dan fikir melahirkan insan yang bertaqwa.
Post a Comment