Hari itu Sabtu, 18 Julai 2009. Seperti biasa pertemuan dimulakan dengan penyampaian beberapa buah nasyid. Adik-adik memang sukakan nasyid. Bergema suara mereka bila diajak nasyid beramai-ramai. Intro sebegini sangat penting bagi menarik perhatian adik-adik kita ni untuk mendengarkan ceramah nanti.
Kawasan lapang (dataran) ini dimanfaatkan sebagai dataran ilmu. Kelihatan wajah adik-adik yang hadir penuh ceria memeriahkan majlis ilmu kali ini.
Seorang murid dijemput kehadapan untuk ditemubual. "Ya..cuba adik sampaikan nasyid 'Bulan-bulan Islam'! Boleh tak? Ahaa.., boleh pun. Pandai adik bernasyid. Baikkk, jom kita nasyid ramai-ramai ".
Terimakasih diucapkan kepada seluruh warga SK Raja Muda SS4 dan kepimpinan PIBGnya. Mudah-mudahan majlis dan pertemuan ini membawa kebaikan dan manfaat yang banyak buat kita semua. Amin.
0 comments:
Post a Comment