INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Thursday, August 13, 2009

SAHABATKU UST ASRI, KAMI DOAKAN KEBAHGIAANMU..


1. Al Fatihah buat sahabatku, Ust Asri Ibrahim. Tiada yg ku lihat melainkan semuannya yg baik-baik darimu. Tiada yg engkau tinggalkan buat generasi umat yang akan datang melainkan khazanah yang baik-baik juga. Engkau pergi setelah menyempurnakan amanah Tuhan yang terpikul di bahumu. Muga kita dapat berjumpa di syurga sana duhai sahabatku.

2. Kami mendoakan kebahgiaanmu di sana kerana selama hidupmu engkau ternyata sering membahagiakan insan-insan yang berada di sekelilingmu juga setiap mereka yang mengenalimu. Kami tidak akan melupakan segala bantuanmu, senyum tawamu, jenakamu, nasihat dan kemurahan jiwamu.

3. "Al Fatihah..Ustaz asri sorg yg sgt lemah lembut, baik & sgt sopan dlm berbicara..
Seorang da'ie dlm bidangnya~ suaranya yg unik sukar d cari ganti..", Akramin Hariri/FaceBook

4. "Kami merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim serta warga kerja kumpulan Rabbani di atas pemergiannya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan bersama-sama golongan nabiyyin, siddiqin, syuhada dan juga solehin.. Ameen," Pemuda PAS kawasan Segamat/Facebook



5. Pemergian Asri merupakan satu kehilangan besar terhadap industri muzik nasyid negara.
"Susah bagi sesuatu muzik atau lagu itu untuk masuk ke telinga saya. Tetapi bila beliau menyanyi, saya sememangnya nak dengar alunan suaranya... ternyata nyanyian Ustaz Asri boleh mengasyikkan telinga saya dan sedap didengar," katanya, yang mengenali allahyarham sejak tahun 1980-an lagi. Allahyarham bukan sahaja bagus di bidang nyanyian tetapi juga mampu membaca ayat-ayat suci Al-Quran dengan baik.Beliau adalah seorang yang boleh kita jadikan contoh yang terbaik... dari segi perangai dan kelakuan, beliau sememangnya amat menyenangkan hati sesiapa sahaja," kata Pemuzik terkenal tanahair dan bekas pengetua Akademi Fantasia musim kedua dan keenam, Ramli MS / Malaysiakini.

6. "..Ucapan Takziah kepada keluarga allahyarham Ustaz Asri drp Pengurusan Warner Music dan EMI Music Malaysia ke atas pemergian allahyarham Ustaz Asri, volkalis kumpulan Nasyid Rabbani yg kembali keramahtullah pd jam 10.30 pagi 13/8/2009 (khamis) di Hospital Pantai, Kuala Lumpur. Semoga Rohnya dicucuri rahmat oleh-NYA dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.
al-Fatihah....," Hermon Cheng / FaceBook

1 comments:

zaman shah said...

Semoga Allah meletakkan Abang Asri kalangan Hambanya yang bertaqwa..Aminn.

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial