Pagi tadi, selepas mengajar al quran, saya singgah sekejap di restoren Rabi'ul. Tak sangka pula, abg Sidek pun ada juga. Apa lagi, kami pun bersarapan bersama. Kami rancak berbual tentang pengalaman hidup masing-masing. Abg Sidek tentunya lebih benyak cerita dari saya. Saya 40 tahun, dia dah 54 tahun. Sempat saya tanya kat dia, apa kesimpulan penting yang dia rumuskan selama 54 tahun hidup di dunia ini. Apa kata dia? Saya selalu berdoa agar Allah kurniakan kesihatan tubuh badan yang dengannya saya dapat beribadah kepada Allah dan dapat juga mencari sesuap rezeki untuk seisi keluarga. Kesimpulan yang sangat penting sekali. Bukan sahaja untuk abag Sidek, tapi untuk saya dan kita semua.
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
0 comments:
Post a Comment