INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Tuesday, May 6, 2008

UTAMAKAN PENDIDIKKAN AGAMA

JITRA, KEDAH:
Pengajian dalam bidang agama seperti Syariah dan Usuluddin perlu diperluaskan ke politeknik-politeknik dengan dijadikan bidang minor di samping pengkhususan yang sedia ada. Demikian titah baginda Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ketika menyempurnakan Majlis Konvokesyen Ke-22 Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah baru-baru ini.


Baginda juga bertitah:

1. Pengkhususan dalam bidang-bidang teknikal yang tertentu seperti perakaunan, multimedia dan sebagainya akan lebih bermakna dan efisien jika digabungkan dengan minor dalam bidang agama.

2. Usaha dan langkah sesetengah institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang menawarkan program-program berkembar sebagai major dan minor perlu dicontohi politeknik.

3. Sebagai permulaan politeknik-politeknik boleh menawarkan program Diploma Syariah dan Perakaunan atau Diploma Usuluddin dan Multimedia.

4. Dengan adanya program berkembar seperti ini, ia bukan sahaja dapat mewujudkan kepelbagaian disiplin ilmu tetapi dapat memberi peluang kepada pelajar aliran agama meneruskan pengajian dalam bidang teknikal.

5. Curahkan apa yang ada demi untuk kemajuan agama, bangsa dan negara dan jangan berpuas hati dengan ilmu yang sedia ada.

6. Teruskanlah menerokai ilmu kerana sejarah tamadun manusia menunjukkan bahawa bangsa yang berjaya adalah mereka yang sentiasa menerokai ilmu,".

7. Objektif: "Ini penting bagi melahirkan graduan yang serba boleh dan berakhlak mulia serta menguasai ilmu dunia dan akhirat,"

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial