INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Thursday, May 15, 2008

SEBUAH PEMBAZIRAN



KUALA LUMPUR – Tahukah anda berapa banyak wang dihamburkan oleh rakyat Malaysia (khasnya yang beragama islam) melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi rancangan berbentuk realiti di televisyen? Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Tenaga, Air & Komunikasi minggu lalu sebagai jawapan kepada soalan Datuk Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) pada persidangan Dewan Rakyat Khamis lalu (8 Mei) bahawa sejak Januari lalu sahaja kira-kira lebih kurang RM5.4 juta. (Petikkan Kosmo Online)


Ustaz Amal: Inilah di antara pembaziran yang sedang dilakukan oleh rakyat kita sedangkan di dalam al quran, Allah melarang kita dari melakukan pembaziran. bahkan orang yang membazir itu adalah saudara syaitan. Dalam pada agama memerlukan banyak lagi dana untuk memeriahkan aktiviti dakwah, tarbiyyah dan kerja-kerja sosial yang lain, ada sebahagian umat Islam telah 'melaburkan' wang ringgit mereka kepada sesuatu amalan yang ternyata tidak berdaya 'mengaktifkan' saham akhirat mereka. Cuba bayangkan, itu baru setakat bulan Mei 2008. Berapa juta lagikah yang akan mengalir sia-sia sehingga hujung tahun ini?? Nabi SAW pernah bersabda bahawa SADAQAH itu dapat memadamkan kemarahan Allah SWT. jom kita latih diri bersedeqah di jalan Allah.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial