Media hari ini melaporkan bahawa TV9 bakal menampilkan sebuah rancangan realiti terbarunya berjodol AKADEMI NASYID (AN)! Idea mengenai rancangan ini telah saya dengar sendiri dari mulut Ketua Pegawai Eksekutif TV9, Bukhari Che Muda semasa kami duduk semeja dengannya dalam sebuah majlis perkahwinan di ibukota pada pertengahan tahun lalu.
Dengan perkembangan terbaru ini, saya mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada TV9 dan juga kepada seluruh sahabat-sahabat seperjuangan di dalam industri nasyid. Moga-moga penampilan AN akan menambah semarak lagi aktiviti dakwah dan tarbiah kepada umat Islam dan juga bukan Islam. Diharapkan AN juga bukan sekadar tampil sebagai sebuah rancangan hiburan Islam, namun ia juga menjadi medium pendidikkan yang berkesan kepada umat khasnya kepada golongan remaja Islam yang dahagakan tunjuk ajar serta nasihat berguna.
FAKTA • AN dilancarkan bersempena sambutan ulang tahun kedua TV9. • AN bertujuan mencungkil bakat-bakat baru dalam genre nasyid yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana stesen televisyen lain. • AN kelak bakal menampilkan 10 peserta. • 50 peratus markah AN ditentukan oleh juri profesional manakala 50 peratus lagi ditentukan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) penonton. • AN bakal bersiaran bermula 21 Jun ini pada setiap Sabtu pukul 8.30 malam dan merupakan sebuah program mingguan yang akan disiarkan secara langsung. • Pemenang bakal membawa pulang wang tunai dan juga kontrak rakaman album. • Diari peserta AN pada setiap Sabtu pukul 12.30 tengah hari. • Anggota kumpulan Rabbani, Raihan, Hijjaz, Yusof Kopratasa antara juri yang terlibat semasa uji bakat tersebut yang akan bermula 3 Mei ini. • "ramai beranggapan nasyid ini muzik lama dan sempit tetapi sebenarnya nasyid ini universal," jelas Ketua Pegawai Eksekutif TV9, Bukhari Che Muda pada sidang media program tersebut yang diadakan di Sri Pentas TV3, Bandar Utama, baru-baru ini. (Petikkan dari Utusan Online 2 Mei 08)
Bolehkah Puasa Sunat Selepas 15 Sya’ban?
12 years ago
0 comments:
Post a Comment