INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Thursday, May 15, 2008

MACAM BUNYI KAPAL TERBANG BESAR!!


















KYAKTAN, MYANMAR - "Bunyi siklon (Taufan Nargis) berkenaan sungguh kuat sehingga angin yang bertiup berbunyi seperti enjin kapal terbang gergasi" kata Taye Win, seorang mangsa siklon Nargis di Myanmar yang terselamat. Menurut Win, semasa Nargis melintas di atas rumahnya, mereka sekeluarga amat ketakutan kerana siklon itu turut membawa hujan yang sangat lebat. "Kami hanya mampu menangis", cerita Taye Nin lagi.


"Rumah kami juga bergoyang kuat. Kami tidak tahu apa yang akan berlaku. Tiba-tiba "bammmm!".., sepohon pokok tumbang di atas rumah kami tetapi kami terselamat kerana tidak duduk di bahagian rumah yang rosak itu, kemudiannya kami sekeluarga berlari merentasi sawah padi sambil berpegangan tangan", ceritanya mengingati kembali peristiwa yang sungguh menggerunkan itu.

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial