INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Wednesday, May 6, 2009

MUFTI SA'UDI MEMBERIKAN NASIHAT


Arab Saudi yang di dalamnya terletak dua kota suci umat Islam semakin hari dilihat tidak terlepas daripada berhadapan dengan cabaran massa dunia global tanpa sempadan

Life style berslogankan ‘dunia tanpa sempadan’ yang diperjuang dan dipromosikan pihak emperialis barat turut dimanipulasikan mereka seumpama virus merbahaya yang yang di’tembak’ keseluruh dunia Islam. Virus liberalisasi ini menerjah dan menerobos dengan satu misi besar agar umat Islam secara bertahap akan bersikap lebih ‘terbuka’ dan ‘ lepas bebas’ tanpa sempadan’, ikatan maupun batasan ‘hukum-hakam Islam’.
Mufti Arab Saudi, Sheikh Abdul Aziz Al al-Sheikh
yang dilihat terkesan dengan realiti dan cabaran yang menimpa ummah telah terpanggil memberikan nasihatnya:
"Mereka mahu gadis membuka tudung, bebas bergerak dan mengembara sendiri, menjalin hubungan dengan sesiapa saja yang mereka suka dan meminta mereka memulakan persahabatan dengan sesiapa saja yang diingini,"
“…anak-anak gadis hendaklah terus mempertahankan kesucian diri sejajar dengan ajaran Islam ketika mereka menghadapi cabaran besar meningkatnya desakan mengenai kehidupan secara liberal supaya mengikut gaya hidup wanita Barat…”

”…Sistem pendidikan memerlukan guru yang ada mempunyai nilai moral konservatif dalam jiwa mereka. Mereka yang mengajar di universiti perlu menggalakkan pelajar supaya menekankan akhlak murni dan menjauhi maksiat…”

"Kepada gadis Islam, ramai pihak cuba menggoda dengan menggunakan telefon serta dan berharap mereka akan jadi mangsa, terlalu ramai wanita yang sudah terpedaya," pesan beliau lagi.

Fakta: Arab Saudi mempunyai pasukan polis agama khas dipanggil Suruhanjaya Menggalakkan Kebaikan dan Mencegah Kemungkaran yang menguatkuasakan prinsip muhrim dan bukan muhrim.

Sumber: Berita Harian Online

0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial