INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Sunday, May 10, 2009

"BIARPUN KECIL, YANG PENTINGNYA BERTERUSAN"




Kejap saja. Hari ni dah Ahad dah. Hari terakhir minggu ini. Kerana tak keluar ziarah ke mana-mana, timbul idea ajak isteri dan anak-anak gotong royong mengemas rumah. Nampak saja rumah kecil, tapi macam-macam benda nak kena susun atur balik supaya sedap dipandang mata.
“Hmm..banyak sungguh barang-barang cenderahati abang, mainan anak-anak dan buku-buku yang kita dah tak pakai. Benda-benda nilah yang nampak banyak pakai ruang ni,” kata isteri saya dari dalam bilik stor. Nama isteri saya Ruzana Hamim. Saya panggil namanya ANA saja.

“Abang pun dok terfikir yang sama. eloklah. La ni, AJK surau kita pun tengah kumpul barangan terpakai. Rancang nak buat aktiviti garage sale untuk kutipan tabung surau kita,” balas saya.

“Ye kah? Eloklah. Nanti abang carilah kotak kat kedai. Kita pilih apa barang-barang yang sesuai untuk dijual.”

“Dah, abang dah cakap kat Amin blok F. Dia kata nanti dia carikan untuk kita.

“ANA, ingat…, barang yang kita nak serahkan untuk tabung kutipan surau ni janganlah barang-barang yang dah rosak, barang yang dah tak boleh pakai, barang yang kita pun dah malas nak tengok atau barang-barang yang tak sesuai,” pesan saya.

“ANA faham, takkanlah kita nak buat macam tu pulak. Nanti Allah pandang kita tak ikhlas nak tolong,” jawab isteri sambil mengelap tingkap bilik stor pula.

“Masyarakat kita ni kalau bab hulur sedekah surau masjid, insya Allah tak jadi hal lah. Kalau tak mampu beri banyak, mereka bagi sikit. Jiwa sedekah tu tetap ada. Tak gitukan abang?”

“A ah.., Amin cakap kat abang semalam, sejak iklan kutipan barang untuk program garage sale dibuat, macam-macam barang yang sampai. Dah berbundle-bundle kat surau tu. Dengarnya, yang nak bagi almari pun ada Ada yang belum bagi lagi. Insya Allahhh.., sikit hari lagi sampailah tu.,” lapor saya pada isteri berdasarkan cerita Amin.

“Nampak dari perkembangan ni, Alhamdulillah adalah sedikit usaha yang kita gerakkan untuk mengaktifkan tabung surau kita. Biarpun kecil, yang pentingnya berterusan,” kata saya lagi.

“Cuma satu saja yang kita kena perbetulkan. Maksud abang, kita kena beri panduan kepada masyarakat kita apa yang elok untuk disedekahkan.”

“Maksud abang?”

“Amin cakap, VCD Boolywood dan Hollywood pun ada yang cuba di ‘sedekah’kan.”

“Hmm, niat dan matlamat nak bersedekah dan menderma dah betul, pelaksanaannya pula yang kurang. Abang kena jelaskanlah supaya jamaah kita faham,” isteri saya menutup bicara dengan sedikit nasihat dan falsafah. Noktah.

Nota: Suaru kami di kejiranan Iris Apartment, Maple, Pinggiran Lily dekat Saujana Utama, Sg Buloh masih dalam proses pembinaan dan memerlukan sumbangan dan derma ikhlas anda sekelian. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://surau-almustaqim.blogspot.com. Terimakasih.



0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial