INSYA ALLAH! REZEKI KITA DIMARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

JANA PENDAPATAN & DOWNLOAD NASYID DI MARHABAN2U.COM


marhaban2u.com

Thursday, May 14, 2009

DI ANTARA DUA KEGEMBIRAAN


Semoga hari ini membawa kegembiraan dan kebahagiaan kepada kita. Semuga hidup kita sentiasa di dalam kegembiraan. Gembira kerana hidup bermatlamatkan redha Allah Ar Rahman.

Dengan kegembiraan itu, diharapkan kita dapat menggembirakan pula hati insan-insan yang kita sayangi. Semoga setiap orang disekeliling dan disekitar kita bergembira pula dengan keberadaan kita di sisi.


Al ‘Allamah Abdur Rahman bin Sa’diy rahimahullah berkata: “..Gembira yang tersebut di dalam al quran, ada gembira yang Mahmudah (terpuji) dan ada gembira yang yang Mazmumah (dikeji)..”

Kegembiraan Yang Mahmudah

Lihat, tidak salah untuk bergembira tetapi persoalannya bagaimanakah caranya seseorang itu bergembira?

Pastikan kegembiraan kita itu pada perkara yang diredhai, yang berpahala lagi terpuji. Bergembiralah sebagaimana yang disuruh agama.

Apa contohnya kegembiraan yang Mahmudah itu?

Ya, bergembiralah dengan ilmu pengetahuan yang dikurniakan Allah.

Bergembembiralah kerana dapat menghayati ajaran al quran dan kerana dapat melaksanakan syariat Islam di dalam hidupmu.

Bergembiralah andai dirimu, keluargamu, anak isterimu dapat mematuhi segala perintah Allah dan menjauhi laranganNya.

Firman Allah: “ Katakanlah (wahai Muhammad) "kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bergembira (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)". (surah Yunus: 58)

Dan bergembiralah dengan anugerah pahala dari Allah swt. Dengan keampunan, kerahmatan dan keberkatan dariNya.

Firman Allah: “ Mereka bergembira dengan balasan nikmat dari Allah dan limpah kurniaNya; dan (ingatlah), bahawa Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang beriman.” (Ali ‘Imran: 170)

Bergembiralah dengan al quran dan As Sunnah.

Bergembiralah dengan kehadiran saudara baru kita yang selamat melafazkan Syahadatain.

Bergembiralah saat anak kita mengkhatamkan al quran dan berazam terus membacanya semula tanpa henti-henti.

Bergembira kala anak-anak dapat menghafaz al quran dan hadis Nbi saw.

Bergembiralah andai umurmu bertambah di dalam ketaatan. Bergembiralah dengan kegembiraan para solihin dan mukminin.

Bergembiralah dengan aktiviti solat jamaah, majlis tazkirah, kuliah pengajian, ziarah menziarahi, kenduri kendara dan gotong royong.
Bergembiralah menjadi umat rasulullah saw. Bergembiralah dengan janji-janji Allah di dalam al quran.

Gembira Mazmumah

Mazmumah maksudnya yang yerkeji lagi tercela. Orang yang bergembira secara Mazmumah sebenarnya ia akan tercela di sisi Allah

Usah terlibat apalagi bersekongkol dengan kegembiraan golongan Fussaq dan para pemuja dosa yang mana kegembiraan mereka adalah Mazmum (terkeji) di sisi Tuhan. Kegembiraan yang mereka rayakan ada kegembiraan yang batil lagi sesat dari jalan kebenaran.

Itulah mereka yang bergenbira dengan kuasa, pengaruh dan kepimpinan walhal semuanya ibarat fatamorgana nan menyilau pandangan mata selain ia merupakan amanah yang amat berat di sisi Allah Ta’ala.

Sewajarnya mereka menangis tak keruan saat amanah kepimpinan terbeban di pundak dan belakang mereka. Bukannya ketawa bergembira, kerana sikap itu lambat laun akan mengumpulkan mereka di akhirat nanti bersama-sama dengan golongan yang menyesal dan kerugian. Na’uzubillah.

Hindarkan bergembira dengan ‘aktiviti-aktiviti’ dunia yang menjauhkan kita dari agama. Dari Allah hakikatnya. Kegembiraan yang semakin hari menjadikan pemiliknya semakin jauh dari sumber hidayah. Semakin jauh dari cahaya kebenaran.

Firman Allah: “ Dan demi sesungguhnya! kalau Kami memberinya pula kesenangan sesudah ia menderita kesusahan, tentulah ia akan berkata: "Telah hilang lenyaplah dariku segala kesusahan yang menimpaku". Sesungguhnya ia (dengan kesenangannya itu) riang gembira, lagi bermegah-megah (kepada orang ramai).” (Surah Hud: 10)

Qarun juga pernah gembira, tapi sayang seribu kali sayang, kerana kegembiraannya bukan berpaksikan iman dan Redha yang Esa.

“…Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah engkau bermegah-megah dan bergembira (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu). (Al Qasas: 76)

“..banyak lagi contoh-contoh seumpamanya. Maka kegembiraan itu tertakluk pada punca dan asasnya. Kalau ia tertakluk dan berpunca dari kebaikkan, maka buahnya ada Mahmudah. Andai berpunca dari sebaliknya, maka ia ternyata Mazmumah (terkeji)<” sambung Al ‘Allamah Abdur Rahman lagi.

Maka, Bergembiralah selagi ia di dalam lingkunagn redhaNya.


0 comments:

 
© Copyright by SAHABAT AMAL  |  Template by Blogspot tutorial